Followers

Wednesday, June 29, 2011

Harga Ayam Mahal - Pemborong Sembelih Leher Pengguna Macam Ayam


KUALA LUMPUR: Sejak dua minggu lalu, kebanyakan peniaga bahan keperluan di beberapa pasar mendakwa berlaku kenaikan harga terutama barangan mentah di pasar khususnya ikan dan ayam.
Tinjauan ke Pasar Chow Kit mendapati, harga ayam meningkat 50 sen hingga RM1 sekilogram yang dijual pada harga RM8 atau RM8.50 sekilogram berbanding RM7.50 sekilogram sebelum ini.

Malah, lebih mengejutkan harga ikan kembung yang dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat sehingga 100 peratus iaitu pada harga RM12 sekilogram sejak tiga hari lalu. Peniaga, Ali Mahmud, 28, berkata, kenaikan harga berlaku sejak dua minggu lalu dengan kenaikan 20 sen hingga RM6 menyebabkan peniaga menerima pelbagai rungutan daripada pembeli.

Kami menerima barangan daripada pemborong. Jika mereka menaikkan harga kami terpaksa menjual pada harga tinggi walaupun kadang-kadang keuntungan sedikit. Peniaga dalam dilema kerana setiap hari terpaksa menerima rungutan daripada pembeli jika berlaku keadaan sedemikian,” katanya. - Harian Metro

Harga ayam dan ikan naik mencanak canak bagaikan totey dipagi hari. Sejak harga ayam tidak lagi dikawal oleh kerajaan, para peniaga dan pemborong telah menaikkan harga ayam sesuka hati mak bapak jiran sebelah rumah dia je.

Dahulu semasa harga ayam dikawal, harganya sekitar 5 sehingga 6 ringgit sekilo. Tetapi Kerajaan perlu berdepan dengan tekanan para pemborong dan penternak ayam yang terpaksa menjual ayam dengan harga yang murah. Dan sekarang harga ayam tidak lagi dikawal. Tujuannya mudah iaitu mahukan rakyat atau pengguna itu sendiri membuat keputusan.

Pengguna sebenarnya mempunyai kuasa didalam mengawal harga barangan. Cuma pengguna tidak mahu memboikot ayam *bukan tidak tahu* kerana mereka merasa seolah olah nyawa mereka bergantung kepada ayam. Lawak kan. Mereka terpaksa menjadi HAMBA kepada pemborong dan peniaga ayam semata mata ketagih makan ayam. Padahal kalau tak makan ayam, bukanlah mati kebulur atau tolak pahalapun.

Aku pernah terbaca didalam akhbar mengapa pengguna tidak mahu memboikot ayam. Antara alasan yang diberikan adalah kerana anak suka makan ayam. Perghh ibu bapa akhir zaman sekarang sudah menjadi HAMBA kepada anak sendiri. Sanggup bergolok gadai semata mata mahu menurut kehendak anak. Padahal ibubapalah yang sepatutnya menentukan apa yang dimakan oleh anak. Bukan si anak yang meminta minta.

Sebenarnya pengguna mempunyai kuasa yang amat besar. Cukuplah pengguna memboikot ayam atau ikan selama seminggu, nescaya huru haralah kehidupan peniaga dan pemborong. Masa tu barulah mereka sedar kuasa pengguna.

Kuasa ditangan pengguna. Kalau pengguna sanggup menjadi HAMBA kepada para peniaga, maka janganlah merungut soal harga mahal. Tanggunglah itu semua kerana pengguna itu sendiri yang rela menjadi HAMBA.

*Tujuan aku besaukan perkataan HAMBA supaya korang sedar bahawa selama ini korang diperalatkan oleh peniaga dan pemborong. Bawak bawaklah mengucap. Jangan biarkan hidup kita ditentukan oleh orang lain. Fight for your own right!

4 comments:

Anonymous said...

tadi aku makan kfc. sedang aku makan, aku terfikir. kenapa aku makan menatang ni? bukan sedap sangat pun. hangus rm14, baik aku beli topup. rasa pun familiar saja.



BTW, aku rasa 'sedap' dan 'suka' makan ayam tu disebabkan anggapan ayam tu makanan mewah. rasa rugi kalau tak makan dan bazirkan. sdebab tu nasi biasa je kalau membazir, tapi kalau ayam, tak akan membazir. ada feel benda tu mahal, dan rugi kalau tak makan.

aku masa kecik ayam potong kecik2, sebab adik beradik ramai. bila dah besar rasa nak pulun puas puas.

alan said...

asrul: tak salah kalau kau mampu..aku cuma ingatkan pada mereka yang tak mampu. sebenarnya dalam hidup kita, kehendak itu lebih banyak dari keperluan.

takpelah kalau ko rasa ko mampu beli ayam sampai 8 ringgit sekilo..tapi ko kena paham, berat seekor ayam bukannya ngam ngam sekilo..biasanya 2 atau 3 kilo..so kalau 8 ringgit sekilo,dua kilo dah 16 ringgit.kadang kadang peniaga campur lagi kos bersihkan ayam.

lagi satu, walaupun ko rasa membazir nasi tu biasa tetapi ianya adalah rezeki dari Allah..tak baik membazir.membazir tu kawan syaitan.

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
cara atasi masalah aircond bateri dan enjin kereta

yuppp sekarang harga barang dah naik semua.... ayam kat JB ni sekilo mencapai RM 7.50 sekilo... Ikan kembung pun RM 8.00 sekilo nak jadi apa kalau dalam kocek ada RM 10.00 tak leh beli apa-apa pun

Alan said...

afzainizam: semuanya boleh dikurangkan jika pengguna sedar kuasa mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...