Followers

Friday, June 24, 2011

Dalam Kenangan


First time aku mula terasa bila dengar lagu ni, masa aku duduk Kl dulu tahun 2002. Duduk sorang sorang dalam bilik. Masa tu baru terasa betapa happeningnya zaman sekolah dulu. Dengan perangai budak kelas dan cikgu kat sekolah. Hidup masa tu senang je. Rileks tak payah pikir pasal duit, pasal hutang, pasal kerja.

Lepas tu masa duduk Melaka tahun 2003 2008. Teringat pulak pada bebudak kat KL. Perghh zaman gila awal remaja. Malam malam merempit dengan budak umah. Belajar banyak benda baru macam hurmm tak payah cakaplah hehehe. Masa kat Melakapun sama. Memberi banyak kenangan baik di Alai, P.Gadong dan juga Bukit Baru.

Dan sekarang dalam aku menghabiskan sisa hidup berseorangan, mengingati semua yang pernah aku lalui memberikan aku kenangan manis. Walaupun ada yang pahit tetapi diakhirnya ianya tetap menjadi suatu kenangan manis juga. Yelah benda yang dah berlalu, tidak mungkin dapat diulangi semula.

Hari tu, aku berborak dengan member. Dia ada cakap pasal budak sekolah rendah aku ada yang dah meninggal dunia. Kebanyakkannya meninggal eksiden. Ada juga kawan aku yang eksiden sehingga hilang sebelah kaki dan jari tangannya. Tapi alhamdullilah dia hidup senang sekarang.

Begitulah kehidupan ini. Ada pasang surutnya. Ada yang menemui kebahagiaan. Ada juga yang ditimpa malang. Dan bila tiba masanya, kita akan meninggalkan semua yang ada diatas dunia ini.

Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu tebrau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan

4 comments:

Asrul.Rae said...

hehe kau ni suka sangat wat ayat gitu, kesunyian laa, sepi la, macam laa kau ni orang tua.

macam putus harapan je.. cuba la positif sikit. :D

Apa pun, memang lagu boleh imbau memori. Aku tak boleh dengar lagu Anita Sarawak seksis dengan xpdc. mengimbau kenangan.

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
generasi kawasaki ninja dan kips

uihhh memori yang tak pernah pudar bila masa aku masa dok study dulu ... rasanya kalau boleh balik semula zaman tu mmg best sangat....


cuma kenangan itu tinggal kenangan tau .... kita harus kehadapan terus setiap hari

Alan said...

asrul: setiap manusia akan tua.malah akupun lebih tua dari ko sebenarnya.

hidup memang perlu setiapa positif tetapi kita perlu juga bersedia menghadapi hari hari mendatang

Alan said...

afzainizam: betul tu hidup perlu memandang ke depan. tapi ada masanya kita perlu menoleh kebelakang supaya kita tidak tersilap langkah dalam menuju ke depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...