Followers

Monday, May 30, 2011

Kongsi - Suatu Enigma


Tadi aku baru tonton filem Kongsi arahan Farid Kamil. Memang benar filem itu banyak mengaut keuntungan tetapi bagi aku filem itu masih ada banyak kelemahan. Walaupun aku bukan orang filem tapi sebagai orang yang kadang kadang waras akal fikiran, sudah tentu nampak kelemahan filem terbabit.

Aku nak cakappun rasanya tak perlu sebab Farid Kamil sendiri mengaku filemnya itu memang ada banyak kelemahan terutama dibahagian akhir. Dia sendiri dah terangkan mengapa filem itu tergantung so aku malas nak komen panjang lebar.

Tetapi aku tertarik dengan satu artikel daripada Utusan malaysia :
BARU-BARU ini ada beberapa teman dari kampung mengajak saya menonton filem Kongsi yang khabarnya mengutip hampir RM10 juta. Ah, saya peduli apa dengan kutipannya. Saya hanya peduli kepada mutu karyanya.
Kata salah seorang teman saya, tentulah hebat, kalau tidak tentu tidak dapat kutipan hari pertama saja sudah RM1 juta. Sebenarnya formula ini yang saya paling tidak setuju kerana tahap penonton kita secara umumnya tidak boleh dijadikan kayu ukur mutu sesebuah filem.
Sudah banyak kali kita dikecewakan oleh filem yang mendapat kutipan tinggi, misalnya Nangkung dan banyak lagi filem yang seacuan dengannya.
Saya bukan saja membuang duit membeli tiket dan membuang masa malah merasa malu kerana turut menjadi penontonnya.
Kerana banyak pengalaman dikecewakan oleh filem kutipan tinggi, saya menolak menonton Kongsi. Teori saya mudah saja, mana-mana filem yang mendapat sambutan hebat, filem itu amat jarang memberikan satu kepuasan yang setimpal daripada sudut mutu. Amat jarang sekali filem-filem begini menyuntik suatu pemikiran baru untuk dikongsikan dengan penonton.
Saya katakan kepada teman-teman tadi, tahap pemikiran sebahagian besar penonton filem tempatan sangat rendah. Mereka inilah yang dipergunakan oleh sesetengah penerbit untuk membuat filem-filem yang menepati selera penonton.
Bukan tidak ada filem tempatan yang baik, tetapi jangka hayatnya singkat di panggung. Selepas itu pengarahnya tidak akan diberi peluang lagi oleh penerbit kerana tidak membawa keuntungan. - Utusan Malaysia
Secara jujur, aku memang bersetuju dengan pendapat Ku Seman Ku Hussain. Malaysia kini ketandusan pengarah yang benar benar berkualiti. Boleh dikatakan semua filem yang ada sekarang banyak mengejar keuntungan tanpa mempunyai isi isi yang bernas. Malah menjadi trend, jika satu filem genre seram mendapat sambutan, maka selepas itu akan berlambak lambaklah filem genre seram akan keluar di pawagam.

Kebanyakkan filem sekarang tidak mempunyai aura yang boleh membuatkan penonton merasai sesuatu. Penonton gelak huha huha dalam pawagam. Apabila keluar sahaja, mereka akan melupakan semuanya. Seolah olah cerita itu tidak berbekas didalam hati mereka.

Semalam adalah Hari Seniman Negara dimana ianya disambut sempena ulangtahun pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sudah 38 tahun Allahyarham Tan Sri P. Ramlee meninggalkan kita. Tetapi malangnya kita masih belum mempunyai pengganti sebaik beliau. Dahulu Allahyarham Yasmin Ahmad juga boleh disebut sebut sebagai pengarah filem yang terbaik. Yang boleh menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Tetapi itulah Allah s.w.t lebih menyayangi orang orang yang berbakat besar.

Entah bilalah Malaysia mempunyai pengarah yang benar benar berkualiti bukan sahaja untuk mengangkat martabat filem negara, malah mempunyai kelainan dan mutu didalam setiap cerita yang dihasilkan.

4 comments:

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

diy pasang sticker carbon fibre

Kelembapan perkembangan sesebuah institusi perfileman adalah berkait dengan masalah tenaga manusia yang merupakan salah satu subsistem utama dalam aktiviti pembikinan filem.

Mutu tenaga manusia dan kaedah penggunaannya dalam industri perfileman Malaysia bagaimanapun dianggap masih berada pada tahap tidak profesional atau kurang profesional sehingga menjadi kekangan terhadap kemajuannya.

mungkin kita ketandusan idea dan suka meniru ajerr

Alan said...

afzainizam: salah satu faktor adalah tahap pemikiran penonton di malaysia masih lagi rendah. mereka lebih suka sesuatu yang tidak memberatkan fikiran mereka. mereka lebih suka filem yang santai.

itu sebabnya kebanyakkan pengarah di malaysia tidak mahu menghasilkan karya yang berisi..

lagipun industri pemfileman adalah satu perniagaan. siapa yang mahu rugi dalam berniaga kan.

Blues Riders said...

.. biar derita.. menanti ajal.. huhu.. terbaeek bro! BR pun suka lagu ni.

Alan said...

riders: lagu ni jarang keluar kat radio

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...