Followers

Monday, May 30, 2011

Kisah Seluar Dalam


Masa aku muda belia dulu lebih kurang 18 19 tahun yang lalu, pernah dengar kes orang hilang seluar dalam. Selalunya yang hilang adalah kepunyaan orang perempuan ler. Tak pernah lagi aku dengar boxer orang jantan kena curi.

Ada yang kata, tujuan si penchuri tu adalah untuk mengubat jerawat kat muka dia. Aku tak tahulah betul atau tak. Akupun tak tahu macam mana nak guna. Sama ada nak rebus seluar dalam tu lepas tu minum airnya. Ataupun main sapu sapu kat muka. Atau sarung kat kepala masa nak keluar jalan jalan.

Ada juga yang kata tujuannya adalah untuk ilmu hitam. Misalnya untuk membuat si tuan seluar dalam tu jatuh cintan sama dia. Teringat cerita orang tua tua, ada seorang pemuda berkenan sangat dengan seorang awek ni. tapi awek ni taknak dia. So pemuda ni jumpalah satu bomoh dan bomoh tu cakap antara syaratnya adalah mengambil seluar dalam awek tu tadi dan wajib kawin. Kebetulan awek ni tinggal dengan mak dia yang dah lama janda.

So pemuda ni pun pergilah curi seluar dalam kat rumah awek tu. Bila bomoh tu dah siap jampi, tiba tiba yang suka kat pemuda tu tadi bukanlah awek tu tapi mak dia. Nak taknak pemuda tu kenalah kawin dengan mak awek tu tadi.

Tu cerita orang tua tua ler. Tak tahu ler sama ada betul atau tak. Lagi satu kalau bab seluar dalam ni, orang suka kaitkan dengan pelaris. Biasanya kedai makan ler. Ada orang cakap seluar dalam tu dimasak bersama dengan lauk atau nasi supaya pelanggan rasa sedap semacam.

Tak boleh bayang kalau nampak kedai makan gantung seluar dalam buat pelaris hehehehehe.

7 comments:

ayunda maajis said...

kikik..aku pon penah kena gak bro..tp yg peliknyer..aku duk dlm umah yg almaklumnya semuanya pompuan..so apekehalnya si pompuan nk curi spender aku lak kn? nmpk sgt jeles ngn kecomelan aku kan kan kan..ahaha

Blues Riders said...

pelaris kedai makan bukan gantung seluar dalam tu bro.. tapi dimasukkan dalam periuk kuah.. kisah benar, BR pernah terkena.. hehe..

Alan said...

ayunda: tu ada lesbian kot hehehe

Alan said...

rider: memang dimasukkan kedalam periuk gulai atau nasi..tapi tak tahulah kalau ada yang gantung hehehehe..

ish ish pernah kena ke?

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

diy pasang sticker carbon fibre

uihhhh laris sangat lahhhh kalau masak dengan seluar dalammmm.... issshhhhh apa nak jadi lahhh

Alan said...

afzainizam: masak dengan seluar dalam ni bukan main letak sebarang je..dia perlukan jampi serapah dan pertolongan syaitan.

kalau xde campur tangan syaitan, tetap tak ada rasa apapun.

iaryylr said...

Bro, ada kisah seluar dalam nie, kawan saya punya kawan pakai seluar panjang yang diguna semalam.Jalan pasaraya tetiba terjulur seluar dalam semalam dekat kasutnya, hu hu hu , rupanya semalam dia buka seluar dengan seluar dalamnya sekali dan tidak perasan seluar dalam semalam berada didalam seluar tersebut, maka tergelaklah sekalian kawan sebelum cover line dari diketahui pengunjung lain....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...