Semalam dari utara Pakistan sampailah timur Selat Gibraltar, berpusing pula ke Tanjung Malim kemudian membawa sehinggalah ke bandar Amsterdam. Selepas itu ianya berpatah balik 180 darjah ke Pekan Kuah, Langkawi, rata rata penduduk dunia berjoget lambak menyambut Hari Ibu.
Tapi aku macam biasa tak pernahpun buat kerja kerja macam ni. Bukan sombong atau kerek, tapi cuma tak biasa sambut benda benda macam ni. Maklumlah orang kampung. Rumah jauh pendalaman. Nak keluar kejalan besaupun kena bertebas hutan buat jalan. Belum campur harimau, gajah atau tikus. Kalau nasib tak baik, dinasaurpun dapat jumpa. Jadi mana pernah kami sekeluarga sambut benda benda macam ni semua.
Ok abaikan bab Hari Ibu, kalau korang masih ingat, dulu ada kes yang membabitkan rumah anak yatim yang membuat jualan menggunakan kanak kanak. Sejak "orang kuat" pusat itu ditangkap, senyap seketika aktiviti ni. Tapi sekarang ianya dah berulang semula.
ISU pelajar pusat tahfiz amal di Utara Semenanjung dipergunakan untuk tujuan mengutip dana bukan perkara baru. Empat tahun lalu operasi mereka hanya berpusat di kawasan Utara tetapi kini mereka sudah merentasi sempadan.Sudah tiba masanya kerajaan bertindak tegas menangani isu ini. Usah biarkan kanak kanak dan remaja miskin menjadi mangsa kerakusan manusia bertopengkan agama. Diakhir zaman ni, begitu ramai manusia menggunakan agama untuk menghalalkan perbuatan haram mereka. Mereka mendakwa membuka pusat tahfiz tetapi dalam masa yang sama, mereka mengerah kanak kanak ini bekerja untuk mengumpul kekayaan diri sendiri.
Masyarakat sedar mengenai kegiatan mereka tetapi mungkin ada yang prihatin atau tidak mengendahkan kemunculan mereka. Apa yang pasti, jika ada wang, mereka hulurkan jika tidak, mereka akan menolak dengan baik, malah tidak kurang ada yang bertindak kasar. Wajarkah masyarakat dipersalahkan dengan keadaan sedemikian apabila mengasari anak yatim atau hanya membiarkan saja kerenah pelajar yang sudah lali dengan keadaan sedemikian.
Ketika membuat tinjauan di medan selera Rehat dan Rawat (R&R) arah Selatan, penulis mendapati mereka sememangnya menjadikan tempat itu sebagai antara lokasi untuk ‘jualan amal’. Pekerja gerai minuman yang hanya mahu dikenali sebagai Yan, 34, berkata pelajar pusat tahfiz mula aktif di situ sejak awal 2010.“Saya bekerja di sini selama tujuh tahun. Sebelum ini saya tidak pernah nampak mereka tetapi sejak setahun dua ini saya sering nampak mereka,” katanya. Pelajar terbabit bertugas setiap minggu berbeza. Jika pada minggu ini pelajar perempuan, minggu depan lelaki pula. Apa yang pasti pelajar berbeza setiap minggu,” katanya. - Berita Harian
Masyarakat ditakut takutkan dengan azab api neraka sekiranya tidak menurut kehendak mereka padahal merekalah yang akan diazabkan dengan api neraka kerana menyeleweng dan menipu. Itu belum campur kes ajaran sesat yang berleluasa sehingga mendakwa mereka boleh mengampunkan dosa. Perghh dah macam paderi pulak boleh ampunkan dosa orang lain hahahaha.
Mereka yang mempergunakan kanak kanak ini boleh didakwa dibawah akta anti pemerdagangan manusia 2007 dimana boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga RM500,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan peranan penting dengan membuat aduan kepada pihak polis dan juga jabatan Kebajikan Masyarakat sekiranya aktiviti ini berleluasa dikawasan berhampiran.
Marilah kita bersama sama mencegah perbuatan haram lagi lahanat ini. Hapuskan aedes, hapuskan denggi hahahaha.
No comments:
Post a Comment