Followers

Wednesday, April 06, 2011

Terluka Dihari Persandinganmu

Pernahkah korang mengalami masalah balak/awek kahwin lain. Yelah janji masa bercinta macam macam. Last last dia kawin dengan orang lain. Mesti pecah gila hati dibuatnya. Mesti korang nak balas dendam kan. Tapi korang nak buat macam mana? Sebenarnya ada cara untuk mengajar orang yang macam ini.


Cara pertama korang pergi mengamuk di majlis perkahwinan dia. Buat macam hikayat Lembing Awang Pulang Ke dayang. Membunuh pengantin dan tetamu yang ada kat situ. Tapi aku yakin kalau korang buat macam tu, nama korang akan dicatat dalam sejarah baru Malaysia. Mengamuk di majlis perkahwinan bekas kekasih hahaha.

Ada sesetengah orang pula suka menggunakan cara halus. Ikat katak dan letak bawah tempurung. Bertujuan membuat pengantin lelaki tak boleh jawap akad nikah. Ataupun main tuju tuju supaya pengantin pengsan, gila dan sebagainya. Cara ini aku tak setuju. Tak elok ler main cara kotor ni. Tak gentleman kata orang kampung aku.

Aku cadangkan korang gunakan cara yang lebih halus. Kalau korang perasan, sejak akhir akhir ni banyak majlis perkahwinan yang menyediakan set karaoke. Aku cadangkan korang menyanyilah lagu lagu sedih dihadapan pengantin.


Antara lagu yang aku syorkan adalah lagu Pelamin Anganku Musnah - Azie, lagu Mengapa Dikenang - Saloma, lagu Dihari Persandinganmu - Yusnizar Husin dan lagu Inai Di Jari - S.Jibeng.

Korang nyanyilah dihadapan pengantin yang sedang bersanding. Buat buat macam konsert AF. Tapi sebelum tu jangan lupa korang ucapkan yang lagu korang nyanyikan dituju kepada bekas balak/awek korang yang tengah bersanding.Aku jamin memang makan dalam woo. Kalau kena time, boleh buat pengantin bercerai hari itu juga hahahaha.



Inai disapu dijari tandanya mesra
Memberitahu hai dikau sudah dipunya
Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna
Di jari manisnya tersarung cincin permata

Alangkah indah temasya di malam itu
Dua insan karam di lautan madu
Menanam dendam berahi satu persatu
Berkucup angan di bibir merayu-rayu

Apa kiranya semua dendamnya itu
Dalam gembira hai penuh duka sengsara
Seorang insan turut memendam rasa
Patah hatinya terkeorban dalam bercinta

Andainya itu sayang berupa erti
Setahun janji ditempah hilang sehari
Membuat aku sedar diri sendiri
Inai merah mu tanda sudah bersuami

11 comments:

shaFazie said...

hahah...bagus tol cadangan ko kan razak oiiii..
hahahahhaa..

suke tang nanyikan lagu tu

Alan said...

kak jijah: nanti time ko kawin aku nyanyi kan yek hehehe

shaFazie said...

byk lah ko..tak psl2 menitis airmata aku kang..wekkkk

Alan said...

kak jijah: apesal menanggis..xpe nanti laki ko nyanyi lagu "hapuslah air matamu" hahaha

Naisophon said...

Idea genius. huhu. kenapa la aku tak terfikir sebelum ni? :D

Tapi kan, kalau macam budaya sekarang, ramai yang bersanding kat tempat tertutup. Macam dalam rumah ke. Lepas tu, majlis sanding sekejap je.

Ade idea lain?

alan said...

sophon: orang sekarang xley kena panas..kalau sanding lama2 atau buat kat luar nanti makeup cair..rugilah upah makeup beratus tapi cair cepat hehehehe.

Miss Tira said...

Hahaha, tapi nanti mesti orang yang buat tu dilabel desprado tak boleh terima ketentuan Ilahi. Ish tak elok tu. Huhu.

Naisophon said...

Tira :

Aku jenis desperado. Bukan apa, cuma dalam hati rasa loser sangat. Lebih lagi bila orang kita sayag berbaik dengan org lain.

Ego beb,.

Alan said...

tira: kita kena balas apa orang buat..kata orang tua tua "what u give, u get back"

sophon: aku setuju hahahaha

Blues Riders said...

klau dh bukan jodoh nk wat camna? redha je lah.. alan ..

Alan said...

blues: tapi dia tetap perlu rasakan perasaan sakit hati tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...