Followers

Thursday, April 14, 2011

Terkenang Waktu Dulu

Masa aku kecik dulu, ditahun 80 dan 90 an, banyak iklan kempen disiarkan kat tv. Antara yang aku masih ingat adalah iklan kejiranan tak silap. Masa tu orang pakai telegraf lagi. So adalah wakil TM yang datang hantar telegraf tapi tuan rumah tak ada. Lepas tu adalah jiran yang setuju nak bagi telegraf tu pada tuan rumah bila dia balik. Kiranya macam iklan jiran prihatin ler. Yang aku masih ingat time tu dalam iklan orang pakai telefon kaler oren. Nak dail kena cucuk jari pusing pusing hehehehe.

Ada juga iklan tentang HIV. Sebab masa dulu kes HIV masih boleh dipantau. Aku ingat lagi ada berita dilaporkan jangkitan HIV pertama dikesan di Malaysia disiarkan pada tahun 1986. Bayangkan siapalah yang menjadi mangsa pertama HIV di Malaysia masa tu. Tetapi sekarang pesakit ni dah beratus ribu kat Malaysia hehehe.

Iklan kempen keselamatan jalanraya memang banyak. Kempen pakai topi keledar, kelajuan boleh membunuh. Iklan yang sampai sekarang aku ingat adalah "dulu semua orang kata dia ni laju. Tetapi sekarang dia hanya mampu merenung masa depan dari kerusi roda". Hahaha lawak doww.


Selain tu, masa kecil aku suka tengok Rancangan TV Pendidikan. Rancangan TV Pendidikan dulu kat keluar kat RTM. Petang petang aku tengoklah tv. Tengok budak sekolah teknik buat macam macam eksperimen, masa tu ada macam iklan dorang buat sambung sambung botol plastik buat macam akuarium. Siap ada ikan berenang renang. Tengok budak pengakap. Buat macam dorang mengembaralah. Ada banyak awek cun. Rasa macam best je. Tapi bila aku start masuk sekolah tahun 1991, rasa sungguh hampeh. Hanya indah khabar dari rupa.

Tapi seronok hidup dulu dulu. Lagi seronok dari zaman sekarang. Kalau diberi peluang, aku nak kembali ke zaman dulu. Waktu tu semuanya aman damai. Biaupun tak ada internet, tapi rasanya hidup lagi tenang berbanding sekarang. The good old days....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...