Followers

Friday, April 08, 2011

Produk Grooming Aku

Dua hari lepas aku pergi Watson. Cadangnya nak beli pencuci muka. Ingat nak beli Loreal For Men tapi dok belek belek, aku jadi confius. Banyak sangat jenisnya. Pening aku fikir. Last last aku sebat Neutrogena. Pastu aku beli Safi. Selalu aku guna Fair & Lovely tapi dah bertahun tahun pakai tak putih putih gak. Pelik aku huhuhu.


Ingat lepas ni nak try pakai SK-II. Risau ler umur dah dekat 30 tahun ni muka aku dah start keluar garis garis halus kat dahi dengan area bawah mata. Salah satu sebabnya adalah selalu tidor lambat.

Tu pasal mata ada eye-bag. Bercampur dengan pencemaran so bertambah teruk jadinya. Tapi nak beli SK-II pun buat aku tension. Harga dia boleh buat aku kena heart attack huh. Tapi ibarat kata Maknyah "nak cantik duit memang kena habis dik".


Biasanya lelaki lepas shave dia jarang ler pakai cream aftershave. Aku pulak kadang kadang pakai, kadang tak. Selalunya sebab lupa. Nak cepat pagi pagi. Dah pakai memacam cream, sebab tu malas nak tepek dah aftershave. Aku biasa pakai jenama Escada. Bau dia wangi. Harga tak tahu sebab ni abang aku punya hahaha. Tapi kiranya jimat jugalah benda ni rasanya dah 2 3 tahun pakai, masih tak habis. 


Ni minyak wangi aku dari Giorgio Armani. Inipun aku pakai kalau nak jalan jauh macam turun KL ataupun ada majlis khas. Kalau setakat lepak kedai mamak atau pergi kerja aku pakai Dashing je. Murah sikit hee.

Estee Lauder punya produk cecah RM900 lebih wooo. Kalau ada sesaper nak sponsor boleh mesej aku ok.

6 comments:

Anonymous said...

Mahalnya.. -.-

Anonymous said...

Deodoran rexona pun da wangi. Tapi tak semerbak la

alan said...

tira: apa yang mahal?

sophon: tu deodoran..benda lain x pakai ke

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom terjah entry terbaru
kereta gear auto dan gear manual

waarrgghhhh aku pun pakay rexona produk tau

alan said...

afzainizam: yeke..best ke produk tu?

Anonymous said...

taklah. aku pakai deodoran saja. lain takda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...