Followers

Wednesday, April 27, 2011

Polis Takut Gengster?


PETALING JAYA: Demi mempertahankan perniagaan diwarisi daripada ayahnya, seorang peniaga surat khabar bergelut dengan sekumpulan empat lelaki yang menyerangnya ketika sibuk menjaga gerainya di Sri Hartamas, Ahad lalu. Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi itu, empat lelaki warga tempatan terbabit dipercayai meminta wang perlindungan perniagaan daripada mangsa dan mendakwa kawasan itu di bawah pengawasan mereka.

Mangsa yang dikenali sebagai Jefri, 29, enggan memenuhi kehendak mereka kerana dia mendakwa sudah bertahun-tahun berniaga di kawasan itu menyebabkan tercetus pertengkaran.
Difahamkan, kerana tidak berpuas hati, seorang daripada suspek bertindak agresif dengan menumbuk muka dan badan mangsa sebelum semua suspek membelasah mangsa.

Mereka tiba-tiba datang dan menyuruh saya tidak berniaga di kawasan itu. Kalau ingin meneruskan perniagaan, saya diminta membayar wang perlindungan RM2,000 hingga RM3,000 sebulan,” katanya. Suspek turut mengugut akan bertindak lebih kejam termasuk membunuh mangsa sekiranya enggan membayar wang perlindungan dan menjalankan perniagaannya di situ.

Bagaimanapun, mangsa diselamatkan beberapa anggota polis yang bersarapan di kawasan berhampiran tempat kejadian dan meleraikan pergaduhan itu. Mangsa yang cedera di kepala selain kecederaan dalaman pada pipi kirinya, kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Menurutnya, identiti dua daripada suspek sudah dikenal pasti dan menyerahkan maklumat terbabit kepada polis untuk mengesan suspek. - Harian Metro

Aku pelik pulak dengan polis yang leraikan pergaduhan tu. Kenapa tak tangkap terus gengster tu. Dorang terang terang minta duit perlindungan, dah tentulah memang ahli kongsi gelap.Ini main lepas je. Kenapa nak tunggu ada report, baru nak buat tangkapan. Macam mana kalau mangsa tu kena bunuh, dah terlambat ler kalau polis nak tangkap gengster tu.

Tak paham aku doww.

6 comments:

Blues Riders said...

tau sama tau buat tak tau.. (TSTBTT)..hehe..

Alan said...

rider: hehehe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
prosedur bawa masuk kenderaan luar

diy bumper pecah bumper calar

dulu gangster takut kat polis kali ni tebalik pulak polis yang takut.... tak aman la sekarang ni

Alan said...

afzainizam: tau xpe hehehehe

storyfromme said...

polis tak boleh main tangkap je selagi takde bukti yang kukuh,tanpa kebenaran pihak atasan dll.tapi sape yang tak takut gangster.tak pasal2 anak bini polis tu kena kacau.

alan said...

story: memang ler tapi sebagai polis dia ada kuasa untuk menahan orang yang membuat salah atau kacau.

kalau polispun takut gengster, baik xyah jadi polis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...