Pernah tak korang dengar perkataan pelacur blogger? Apakah maksudnya. Adakah bermaksud pelacur yang mencari pelanggan menerusi blog. Mungkin ke?
Topik ni dah lama sebenarnya. Aku terjumpa dalam google mengenai rintihan hati seorang blogger (blogger ke dia ni?) mengenai pasal benda ni. Maksud pelacur blogger pada dia adalah seorang blogger yang mengejar populariti. Kiranya siapa yang buat entry yang bertujuan menarik pembaca, digelar pelacur blogger.
Dan mana mana blogger yang bagi dia tak cantik, suara tak sedap tapi buat video, dia panggil blogger tu pelacur blogger. Apalah salah blogger tu. Blogger tu buat Vlog pun bkan pakai duit mak bapak dia. Suka suka hati mak bapak dia je panggil blogger tu pelacur.
Aku ada gak baca sedikit isi blog mamat ni. Boleh dikatakan semuanya berunsurkan pemberontakkan. Kiranya macam jiwa kacau jugalah. Aku malas nak komen lebih lebih. Tapi aku rasa tak elok ler dia gelarkan blogger lain sebagai pelacur.
Dia lupa bahawa penulisan dia yang menjuruskan unsur unsur mencari ranting atau pembaca juga membuatkan dia menjadi pelacur blogger. Tipulah dia tak mencari ranting atau pembaca. Kalau tak mencari pembaca baik dia kuncikan je blog dia tu.
Anyway dia berjaya menarik perhatian orang lain. Untuk entry pelacur blogger, dia mendapat lebih 400 komen. Kan dia dah jadi pelacur tu hehehe. 400 orang pelanggan beb hahahaha.
Aku malas nak cakap siapa blogger tu. Korang carilah sendiri. Lepas ni kalau dia terbaca blog aku dan nak panggil aku pelacur bloggger ataupun bohsia blogger, suka hati dialah. Ada aku kesah ^_^".
7 comments:
Alaa kenal sangat blogger tu tapi malas nak ambil port sangat. Kita dunia kita dia dunia dia. Dia benci kita tapi ramai yang suka kita. Be ur self. :)
Sape? Aku ke? :D
Aku kalau entri yang dah lebih 20 komen tu, atu tak letak komen dah. Ni kan sampai ratus-ratus komen.
Bukan apa, memang orang tak baca. Macam sia-sia sikit. Kalau trafik hunter takpa lah kan.
tira: ko tau erkk hehehe
sophon: bukan ko ler..ade ler makhluk ghaib tu..abaikan je lah makhluk ni..dia bukan popularpun sebenarnya.
biasa la ..orang jeles .
^^
nelly: hehehe
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
enjin wira enjin apa lepas jpj
eeemmmm betoi dia dengan dunia dia kita dengan dunia kita gua gua, lu lu punya hal
Post a Comment