Followers

Friday, March 04, 2011

Siri Mari Bercakap Dengan Alan - Mayat Bernyawa



Di akhir zaman yang penuh dengan teknologi, mungkin ramai diantara korang yang belum pernah melihat atau mengalami sendiri pengalaman seram dan misteri. Aku dibesarkan disekeliling orang yang mempunyai kepandaian yang aneh aneh. Atau dengan kata lain, perubatan tradisional atau jampi serapah. Selalunya kalau demam, aku tak pergi hospital atau klinik. Cukup dengan jampi air dan kunyit dah sembuh.

Kalau setakat tersampuk atau ketegur, tu perkara biasa. Dah banyak kali aku kena masa kecil. Sampai satu peringkat, aku terpaksa diubat dengan mengibas kain hitam dari kepala sampailah hujung kaki untuk 3 hari. Maklumlah zaman kanak kanak, rumah dikelilingi hutan. Macam macam makhluk ghaib ada bersepah.

Kata orang tua tua, time aku bermain, aku ada terlanggar benda tu. Sebab itulah benda tu marah kat aku. Tapi nak buat camner. Benda tu aku tak nampak. Aku langgar je lah hehehehe. Yang benda tu pun dok tengah jalan buat apa.

Tetapi suatu ketika dahulu, benda benda ini boleh dilihat dikampung kampung. Ini kerana orang melayu dahulu masih percaya kepada makhluk halus begini. Malah bersahabat atau membela hantu bukanlah perkara asing.

Bonda aku ada menceritakan kepada aku, pengalamannya semasa kecil ditahun 1950an, dia melihat seorang wanita tua ditempat aku yang begitu susah mahu meninggal dunia. Bonda aku kata, wanita tu sebenarnya dah beberapa kali mati, tetapi apabila mayatnya ditutup dengan kain, ianya bangun semula.

Setiap kali cucunya menutup jenazahnya dengan kain seperti mana kelaziman yang dibuat oleh masyarakat melayu, setiap kali itulah jenazah itu akan bangun semula.

"Lim, wan haus..Wan nak air"

Itulah yang didengar dan dilihat oleh bonda aku semasa jenazah itu bangun semula. Nak taknak, mereka terpaksa tangguhkan semula urusan pengebumian. Benda ni terjadi beberapa kali sehinggalah akhirnya sekeping atap rumah dicabut bersama kayu alang. Barulah jenazah itu tak bangun semula.

Menurut bonda aku, waktu dahulu ramai orang tua tua yang mempunyai peliharaan atau saka. Kalau benda ini tak diturunkan kepada anak cucu sebelum mati, benda ni selalu terjadi. Dan kalau benda tu tak serasi dengan anak cucu, anak cucunya pula akan sakit.

Seiring dengan peredaran waktu dan kefahaman agama yang semakin meluas, benda benda ini ditinggalkan oleh orang melayu sekarang. Walaupun begitu, masih ada lagi yang memelihara atau menyimpan benda ini. Mungkin kerana mereka masih percaya, ataupun tidak tahu cara untuk membuangnya.



Di tempat aku juga, masih ada orang yang memelihara harimau untuk menjaga kebun. Bukan harimau biasa tetapi harimau ghaib. Walau apapun tanggapan orang sekarang kepada amalan begini, kita sebagai orang melayu tidak harus melupakannya.



Bukan untuk percaya tetapi sekadar kenangan atau khazanah bangsa. Ianya adalah sebahagian daripada budaya orang melayu. Jin dan syaitan juga adalah makhluk ghaib. Dan mereka wujud. Inilah keistimewaan orang melayu berbanding bangsa lain.

10 comments:

Anonymous said...

orang ada darah sumatera la banyak benda saka ni..

alan said...

sophon: x semestinya

Anonymous said...

Aku baca buku 'Tamar jalis - Siri bercakap dengan Jin'.

Ada keluar secara bersiri dalam variasari zaman dulu.

Dia cakap, org kampung kerinchi tu asal dia dari orang kerinchi dari sumatera. Mereka ada bela harimau jadian. Masa tu KL mundur lagi.

alan said...

sophon: tu cerita lama dol..memang ada yang cakap orang kerinchi kat indonesia tu ada amalan camtu..orang panggil harimau cinaku..ada syarat dia..antara syaratnya minum air sungai kerinchi, bertapa ect...dan bukan semua orang kerinchi kat sana ada ilmu macam tu.

org kg kerinchi kl pun tak ada lah ilmu camtu..ilmu hitam ni bukan semua orang ada..macam ko lah juga..ko duduk dekat sempadan siam..tapi ko ade ke ilmu siam?

miss lolly a.k.a luvfareda said...

huhauhauhau!

benda ni mmg bahaya. sekali terjerat, sampai kesudah benda ni akan makan diri kite huhuhu!

alan said...

lolly: penah kena ke hehehe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. kerana ade masalah pada laptop aku..baru hantar repair lerr...

Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT.

hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya: “Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan)’.

Allah berfirman: ‘Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui, (surah al-An’aam: 128).

Sehubungan itu, ahli keluarga lain atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal dan bagi mereka yang sudah menerima, perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit.

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. kerana ade masalah pada laptop aku..baru hantar repair lerr...

Antara jenis saka:
Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.

Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.

Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.

Saka bomoh: Menjadikan pemilik
kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.

Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.

Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.

Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.

alan said...

afzainizam: lapto rosak ke? patotler lama x update cerita.

betul tu saka ni ada macam2..tapi sebenarnya cuma satu iaitu syaitan..tanpa bantuan syaitan, semua ini tak akan menjadi.

kalau dikira, sebenarnya ilmu sihir ni lebih kuat sehingga kita boleh lihat dengan amat kasar..misalnya dalam cerita Nabi Musa a.s. yang berlawan dengan ahli sihir firaun.

ahli sihir firaun dapat jadikan tali sebagai ular..kalau sekarang ni tak ada dah bomoh yang boleh buat camtu..sebabnya sejak lahirnya Rasullullah s.a.w, syaitan dah tak sehebat dulu..malah jin dan syaitanpun dah tak boleh naik ke langit nak mencuri dengar rahsia rahsia ghaib.

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

betul tu kata ko....
Sesungguhnya bagi setiap anak Adam (yakni manusia)

ada sentuhan (bisikan) syaitan dan sentuhan (bisikan) malaikat.

Ada pun sentuhan syaitan, ia mengajak kepada keburukan dan mendustakan kebenaran.

Manakala sentuhan malaikat, ia mengajak kepada kebaikan dan menegakkan kebenaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...