Followers

Tuesday, March 15, 2011

Muflis Dunia Dan Akhirat



Hari ini begitu ramai golongan muda yang diisytiharkan muflis. Banyak sebab untuk muflis tetapi selalunya penyebab utamanya adalah disebabkan penyalahgunaan kad kredit. Tak silap aku, dahulu gaji minimum yang diperlukan untuk memohon kad kredit adalah rm1500. Tetapi sekarang ianya sudah tidak lagi releven kerana gaji sebanyak itu sudah dikira tidak lagi dalam kategori mewah. Malah ada juga sesetengah bank yang langsung tidak menyemak kemampuan pemohon kad kredit. Bagi mereka, lebih ramai pengguna, lebih banyak keuntungan yang akan mereka dapat.

Aku juga ada kenal orang yang bergelut dengan masalah hutang kad kredit. Hingga ada keretanya ditarik disebabkan masalah hutang kad kredit. Memanglah pada mulanya, kita merasakan mudah apabila mempunyai kad kredit. Tetapi kalau dah kita ni jenis belanja tak ingat dunia, adalah elok kita tidak mempunyai kad kredit.

Tak dinafikan kad kredit boleh menjadi penolong disaat kecemasan tetapi rasanya kebanyakkan daripada kita seringkali tak faham apa itu kecemasan. Kalau tak, takkan ada orang bangang yang menyalakan lampu hazard kereta dalam hujan lebat. Sedangkan lampu tu gunanya hanya untuk kecemasan sahaja. Kalau dah lampu hazard tu dorang tak faham, apatahlagi kad kredit. Lagilah seronok shopping sakan sampai tak ingat dunia. Bila tengah bulan, barulah menanggis berguling guling.

Selain tu, trend penjualan kereta tanpa pendahuluan juga menjadi banyaknya golongan muda yang terperangkap dengan masalah kewangan. Aku mula perasan trend ni masa harga minyak tengah mahal. Maklumlah para peniaga kereta nak jual kereta time minyak mahal, nak kasi laris dorang buatlah cara ni.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh CUEPACS, seramai 542 orang atau hampir 50 peratus daripada 1,086 penjawat awam yang diisytiharkan muflis pada tahun 2009. Hebatkan :) Nasib baik Elisya aku dah lama habis bayau. Second hand pulak tu so lagilah murah ^_^"

Bagi aku, untuk mengelakkan masalah begini, berbelanjalah mengikut kemampuan. Tak salah sesekali kita berbelanja mewah tapi bukanlah setiap masa atau setiap bulan. Sebelum membeli sesuatu barang, fikirkan dahulu sama ada ianya adalah keperluan ataupun kehendak. Buat kira kira, sama ada kita memerlukan sesuatu barang itu sekarang ataupun boleh ditangguh.

Paling penting, elakkan daripada memiliki kredit kad. Jika ada, pastikan ianya digunakan hanya untuk saat kecemasan dan barangan yang benar benar perlu.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis? " Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;" Nabi s.a.w., bersabda: "Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka.

3 comments:

Anisa Hang Tuah said...

anti kad kredit.

alan said...

nisa: tau xpe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

uihhhh tak ade kad macam itewwww aku hanya ada kad ATM ajerrr itu pun dalam isi tak aderrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...