Followers

Tuesday, March 22, 2011

Malaysia Kaya Dengan Bomoh Seks


Gambau Google

ROMPIN: Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang mengaku dirinya bomoh bukan saja berlagak alim dengan mengajar ilmu agama songsang malah turut menjadikan seorang ibu tunggal serta tiga anak wanita terbabit sebagai tempat memuaskan nafsunya.

Selain mengajar ajaran sesat, bomoh terbabit yang dikenali dengan panggilan ‘Bapak’ juga didakwa mengaku mampu menghilangkan dosa pesakitnya melalui upacara membuang dosa dengan melakukan hubungan seks.

Difahamkan, ibu tunggal berusia 50-an berkenaan pada mulanya menemui bomoh itu di rumah lelaki terbabit di luar daerah ini pada awal Januari lalu untuk berubat selepas dimaklumkan dia mampu merawat penyakit ditanggungnya selain seorang yang alim.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai dipukau dikehendaki melakukan upacara pembuangan dosa terlebih dulu sebelum meneruskan rawatan dan dia kemudian dirogol lelaki berasal dari Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap itu. Perbuatan jijik bomoh terbabit tidak berakhir di situ saja apabila selang beberapa hari kemudian, mangsa membawa suspek pulang ke rumahnya untuk mengajar ilmu agama kepada tiga anak perempuannya dan tinggal sebumbung selama hampir dua bulan.

Tindakan ibu tunggal berkenaan mengundang padah apabila tiga anak perempuannya berusia 20-an hingga 40-an turut menjadi mangsa malah empat beranak terbabit menjadi hamba seks kepada lelaki berkenaan.

Menurut kenyataan mangsa, suspek bukan saja meniduri mereka malah turut mengajar ilmu salah dan pada masa sama, mereka tidak mampu membantah kerana dipukau.

Penderitaan mereka berakhir apabila empat beranak terbabit mula tersedar selepas menantu kepada ibu tunggal berkenaan pulang ke rumah kerana bimbangkan isterinya sudah lama tidak pulang,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Katanya, menantu ibu tunggal berkenaan yang pulang bersama seorang anak lelaki mangsa terkejut selepas diberitahu kejadian itu dan bertindak menangkap suspek yang ketika itu berada di rumah mereka sebelum diserahkan kepada polis.

Sumber: Harian Metro

Hebat sungguh Malaysia ni sekarang. Bomoh seks bersepah sepah. Itu tak campur lagi dengan ejen jualan ubat kuat dan sextoy. Campur pulak dengan lambakan pelacur import. Malaysia tak lama lagi dah boleh menjana pendapatan melalui industri seks macam kat Thailand hahahaha.

4 comments:

En. Wafiy said...

ade tempat menuntut tak kat Malaysia ni

alan said...

ade..kat kym haha

Afzainizam said...

•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*'
(\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
(=' ;') •::::::::HI….. :::::::::::•
(,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“tali timba ditarik perlahan
terasa sejuk air perigi
Ziarah blog tanda persahabatan
insyaAllah hamba datang lagi”

uihhhh bomoh sekarang serakah hawa nafsu.... semua tipu... habis dia sapu bini orang pun dia sebat

Alan said...

afzainizam: tahu xpe..banyak bomoh penipu sekarang..ilmu langsung xde tapi mengaku bomoh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...