Followers

Wednesday, March 02, 2011

Blogger Femes VS Blogger Chantek

Di akhir zaman ini, begitu ramai blogger menjadi model, model menjadi blogger. Ada yang betul betul cantik. Ade juga yang buat buat cantik. Tak kurang juga yang serupa hantu kak Limah selepas dimakeup. Ish ish kesian aku tengok.

Tapi bukan benda tu aku nak cakap. Siapalah aku nak cakap benda benda macam tu. Aku cuma seorang blogger. Bukan blogger jadi model ataupun model jadi blogger. Dan walaupun aku hanya blogger bukan model, tapi aku adalah blogger menjadi pemerhati politik.

Gambau Hiasan Google

Hahaha walaupun aku tak cantek, tak make up dan tak pakai shawls tapi aku tetap femes juga. Femes dibelakang tabir (klik sini). Dan profesen ni tak ramai yang nak buat. Maklumlah semua orang nak glamor, nak muka kuar majalah.

Kerja kerja politik ni sapelah nak buat. Semua orang anggap remeh, tak glamor. Padahal politik ni penting juga. Sekurang kurangnya untuk menstabilkan negara. Kalau kerajaan dan politik stabil maka negara juga stabil. Kalau negara tak stabil dan banyak berlaku rusuhan serta peperangan, muka cantik tak guna jugakan ^_^". Silap silap jadi penyedap askar musuh je kan ish ish ish.

So dalam masa kita semua sibuk dok nak jadi popular, jadi cantik atau jadi model. Renungkan sejenak kemana kita selepas itu. Walaupun kita rasa politik itu tidak bersangkutan dengan life kita, tetapi akhirnya ianya akan tetap melekat juga. Kerana kita tinggal di sebuah negara diatas dunia. Bukannya tinggal dikayangan dan dikelilingi pari pari genit gedik.


Gambau Hiasan Google

Kalau dah cukup umur, pergilah mendaftar sebagai pengundi. Jalankan tanggungjawap korang kepada negara. Aku tak suruh korang masuk askar untuk menjalankan tanggungjawap pada negara. Kalau masuk askar camner korang nak bergaya pakai shawl depan kamera kan.

Daftar sebagai pengundi senang je. Lepas tu terpulanglah pada parti mana korang nak undi. Aku tak paksa korang sokong sapa. Sebabnya ini negara demokrasi. Bebas nak pilih siapa. Tetapi daftarlah sebagai pemilih. Pergilah mengundi. Sebabnya undian korang itu penting untuk survival negara.

Nak semak sama ada korang sudah mendaftar atau tidak, korang boleh klik sini.

Kalau nak mendaftar, senang je. Pergi saja pejabat pos. Tanya sekiranya dorang boleh membuat pendaftaran secara online. Kadang kadang di shooping mall pun ada buat program mendaftar pemilih. Ataupun dimana mana pejabat pilihanraya negeri berdekatan korang. Boleh klik sini untuk maklumat lanjut.

Sorry entry ni bukan nak mengutuk. Cuma nak memujuk hehehehe.

6 comments:

Anonymous said...

Blogger model agaknya untuk kasi inspirasi cara berpakaian. Perempuan kan suka benda gini.

Anonymous said...

kadang kadang politik hancurkan negara. hehehe.

Sebab tu aku tak baca sumber core macam Harakah dan Adukataruna. Sebab takda isi, kebanyakan tanam kebencian. Sekarang aku cuba nak positif diri.

Aku suka yang sinis, tapi ada isi. Macam Husin Lepoyang. Kalau ceramah pulak, Ustaz azhar punya. Bila baca, perit woh. Kau penah dengar ustaz azhar? Gaya dia berceramah memang best.

Tapi tahniah ko masuk paper tu. Msia Haeven 1st perspektif bila aku masuk adalah satu blog pemikir bebas. Sebab atas tu ada gambar 4 pemimpin besar. Semua gambar senyum+ positif.

alan said...

sophon: sekarang dah jadi trend blogger jadi model hehehe..akupun x baca blog pembangkang. sebabnya hujah dorang merapu..anwar dengan kes liwat..nik aziz dengan krisis hudud..guan eng dengan idealogi komunis..

aku xminat dengar ceramah hehehe..masuk paper tu benda kecik je..orang x kenalpun hehehe.

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sorry lerrrr aku baru ajerrr terjah blog ko dah banyak tinggal lahhhh aku bercuti balik kampung tu yang tertinggal banyak entry ko lahhh

aku suka singgah jurnalis terkenal iaitu Ketua Editor NSTP iaitu Dato Abdul Kadir Jasin. Penulisan dia amat baik sekali dan menjurus kepada hal-hal politik, ekonomi dan isu semasa. ko cuba singgah aku suka penulisan dia ni
http://kadirjasin.blogspot.com

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lagi satu selalu gak aku singgah kat blog
http://siasahdaily.blogspot.com/

yang ni pun best gak bila baca SiasahDaily ni blog analisis dan berita politik Malaysia. kat sini dia ade buat analisis mendalam dan kritikal pelbagai isu dalam politik negara.

Alan said...

afzainizam: kadirjasin tu akupun selalu tengok..blog dia jenis rileks..setanding dengan pengalaman dan pendidikan beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...