Setelah 10 tahun ianya berbakti, hari ini aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal padanya. Komputer pertamaku akhirnya tidak dapat diselamatkan lagi. Begitu banyak kenangan kami bersama. Dibeli pada tahun 2002, hanya datang dengan hardisk bersaiz 20GB dan ram 256 MB. Dipacu oleh prosesor Pentium 4 1.7 Ghz sahaja.
Seiring dengan peredaran zaman, komputer yang diberi nama SUK diupgrade kepada hardisk 100 GB dan ram 512 MB. Ditambah pemacu dvd writer dan grafik kad, kami berjuang bersama sama. Mengharungi susah senang di kolej, membuat pelbagai asiment, rendering video untuk projek multimedia tetapi akhirnya terpaksa mengalah untuk subjek 3D. Malah jasanya yang terbesar adalah menolong aku menyiapkan final projek walaupun hanya tinggal sisa tenaga sahaja *selalu terpadam*.
Setelah bermacam dugaan kami tempuh bersama, akhirnya ia tidak lagi mampu meneruskan perjuangan. Kegagalan kipas prosesor untuk berfungsi dan ditambah lagi dengan keadaan motherboard yang semakin tenat menyebabkan ianya tidak lagi mampu hidup. Walaupun begitu, SUK masih lagi tetap bersama ku. Hardisknya telahpun selamat dipindahkan ke sebuah komputer baru bernama MAX.
Semangat perjuangannya akan tetap bersama ku. Dengan MAX yang kini mengandungi 3 buah hardisk, perjuangan untuk hidup akan diteruskan. Dunia siber akan tetap diharungi bersama sama sehingga ke akhir hayat.
3 comments:
ceitt..siap ade lagu lagi
Kalu sistem lama, bagus ko cuba masuk OS Ubuntu (Lubuntu). Ringan dari Windows. 258Mb pun boleh jalan lancar.
ayin: jangan jeles hehehe
sophon: dah kira total lost..tinggal board dgn prosesor je.itupun dah xley hidup.
Post a Comment