Ibarat persatuan kungfu yang mempunyai aliran dan pengikutnya tersendiri, begitu juga dengan blogger. Setiap blogger mempunyai corak penulisan/pemikiran dan juga pengikutnya tersendiri.
Dan setiap blogger juga boleh menjadi seorang pengikut kepada blogger yang lain. Inilah kitaran hidup sebagai seorang blogger. Sebagai pengikut, adakah korang seorang yang aktif memberikan komen ataupun sekadar pembaca senyap *silent reader daa*
Secara jujur aku sendiri boleh dikatakan sebagai penbaca senyap. Ini kerana ada masanya aku tidak mengenali siapa blogger berkenaan. Ada masanya aku langsung tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Dan ada masanya pula kerana aku rasa entry yang dibuatnya tak perlu diberi komen langsung.
Selalunya jika aku tak mengenali siapa blogger ataupun tak tahu bagaimana sikap dia, aku tak akan mengomen berkaitan entry yang dibuat. Aku hanya sekadar menulis "hai, jejalan kat sini". Bila dah selalu membaca blog atau dapat mengenal sikap blogger itu sendiri, barulah aku memberikan komen.
Mungkin pada sesetengah orang, rasa perbuatan aku ni macam tak bersikap terbuka. Tetapi inilah diri aku. Baik didalam dunia blogger ataupun dunia realiti, aku tetap sama. Susah nak berkawan dengan orang. Bukan sombong tapi entahlah..Dah memang aku begitu sejak kecil.
Kalau aku tak faham apa cerita yang dia sampaikan, memang sumpah aku tak komen ler. Kang tak pasal pasal lari dari tajuk pulak. Dan kalau aku rasa cerita dia memang tak payah diberi komen; sebagai contoh cerita birthday makcik dia. Takkan aku nak wish happy birthday pulak. Aku bukannya kenalpun makcik dia.
Lagi satu kalau cerita dia balik balik berkisar pasal life sendiri; hari ni pakai g-string, esok makan nasi, karang ada exam. Memang aku tak akan komen ler. Buat apa aku komen sebab aku memang tak ada kaitan dengan life dia.
So korang macam mana? Korang suka mengomen tak kiralah blog sape yang korang terjah. Atau korang suka baca senyap2. Kongsilah pendapat korang. Anyway terima kasih kepada sesiapa yang selalu memberi komen setiap kali aku buat cerita terutama pada sophon dan afzainizam. Thanks a lot bro.
4 comments:
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Salam Maulidur Rasul..
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.
Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
uhhhhh nama aku tercatat di laman blog ko lahhhh... Thanks ye
sebenarnya aku minta maaf kadang tu aku tak dapat ziarah kamu pasal aku ade banyak kerja... but kalau aku ada kelapangan baru aku dapat ziarah... al Maklum aku cari makan...
tentang silent reader ni biar lahhhh .mmg tabiat sesetengah orang mcm tu pun... tapi sekurang2nya ko telah memberikan yang terbaik untuk kami.... aku secara jujur suka baca blog ko....
Aku silent reader gak, terutama bila baca artikel politik.
Dalam otak rasa nak komen, terutama benda yang tak betul. Tapi, kalau aku komen, tu macam curah minyak je. Lagi syok penulis artikel fitnah tu sbb ade org respon.
So aku diam je lah. Kasi dia rasa syok sendiri.
Satu lagi, kalu blog pinky ladies aku x komen woo. jatuh ego.hehehe
tia tgk jugak, klu org tuh femes sgt, smpai tak telayan kte, just be dye pnye silent reader ah, tp klu dye buat cter xbest, kdg2 xbace pon ;)
afzainizam: xpe aku tahu ko bz..akupun bz kerja..terima aksih sebab selalu dtg sini :)
sophon: aku bab politikpun jarang komen blog org lain..nak pulak blog pembangkang memang x masuk ler.
tia: setuju dengan pendapat tu.
Post a Comment