Followers

Monday, February 28, 2011

Kembara Zaman Silam Part 2

Tengah hari tadi aku post kan satu link dimana korang boleh lihat apa yang berlaku sepanjang tahun lahir korang. Sekarang aku nak senaraikan sikit apa yang berlaku sepanjang tahun aku dilahirkan.

Pada tahun itu, filem GhostBusters adalah filem paling popular. Pada 1 Januari ditahun yang sama, Brunei telah mencapai kemerdekaan sepenuhnya. Kenapa dia baru merdeka, akupun tak tahu. Selain itu, pada tahun yang sama juga, pemain cd pertama dijual. Pemain cd yang dikeluarkan oleh syarikat Sony diberi nama D-50. Tetapi kaset masih lagi popular sehinggalah penghujung tahun 1990 an dan awal 2000 barulah cd menjadi popular di Malaysia.



Pada tahun aku dilahirkan, buku yang paling popular di US adalah buku The Talisman karya Stephen King dan Peter Straub.



Iran pula menuduh tentera Iraq menggunakan senjata kimia didalam perang Iran Iraq. Manakala Beverly Lynn Burns adalah seorang wanita pertama dalam sejarah dunia menjadi kapten pesawat Boing 747.



Selain itu, pada tahun ini jugalah United Kingdom dan kerajaan Republik China membuat perjanjian untuk menyerahkan semula Hong Kong kepada China ditahun 1997. Paperboy adalah game kegilaan ramai di tahun yang sama.



Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku ditahun aku dilahirkan. Tapi malas ler nak senaraikan kat sini. Aku cuma ambil perkara perkara besar saja. Bagaimana pula tahun korang dilahirkan? Ada tak apa apa peristiwa penting yang melakar sejarah dunia yang berlaku ditahun korang dilahirkan?

Kalau nak tahu, korang boleh klik sini. Lihatlah sendiri apa yang berlaku. Dan mungkin juga korang boleh mencipta sejarah sendiri suatu hari nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...