Followers

Saturday, February 19, 2011

Hikayat Abdullah

Kata orang arif: "Apabila engkau mendapat wang, belikan emas; jualkan emas itu, belikan intan; jualkan intan, belikan manikan; jual manikam, belilah ilmu

Kali ini aku nak kenalkan sebuah buku yang aku rasa bagus dibaca. Bukan buku porno ataupun politiking. Tetapi sebuah buku lama sebenarnya. Rasanya sudahpun berusia 162 tahun usianya. Buku yang bertajuk Hikayat Abdullah. Ada juga memanggilnya Hikayat Munsyi Abdullah.

Munsyi Abdullah adalah orang pertama yang mengkritik corak pemikiran orang melayu. Dan diikuti oleh Pendeta Zaba, Hamka dan kemudiannya Tun Mahathir sendiri. Melalui buku Hikayat Abdullah ini, kita boleh lihat bagaimana sikap orang melayu dahulukala terutamanya melibatkan pemerintah atau sultan.



Aku tahu ada ramai yang tidak suka kepada Munsyi Abdullah kerana bagi mereka, Munsyi Abdullah adalah talibarut penjajah dan menghina orang melayu. Tapi aku suka melihat sesuatu perkara itu dari perspektif yang lain.

"Sesungguhnya yang pahit itu ubat dan manis itu racun" Kita kena terima apa saja kritikan untuk berjaya. Kerana dari kritikanlah kita boleh memperbaiki kelemahan diri. Didalam buku ini, beliau menceritakan bahawa orang melayu pada zamannya langsung tidak mengambilberat soal pendidikan untuk anak anak mereka. Dimana masalah itu masih lagi wujud di segelintir orang melayu sekarang. Nampak orang melayu langsung tak berubah perangai.

Beliau melahirkan rasa hairan mengapa orang melayu itu enggan belajar bahasanya sendiri dan begitu mudah mempercayai sesuatu yang ghaib dan tahyol daripada berfikir menggunakan akal. Dan kerana itulah orang melayu ketinggalan berbanding bangsa lain seperti india dan cina dimasa dulu.



Didalam buku ini juga, Munsyi Abdullah menceritakan asal usulnya, bagaimana dia gigih mempelajari bahasa melayu, cina, hindustan, tamil, arab dan inggeris. Selain itu ia juga menceritakan bagaimana Singapura dibuka oleh British dan bagaimana hubungannya dengan beberapa tokoh sejarah seperti Raffles, Farquhar, Sultan Husin Syah, Crawfurd dan ramai lagi.

Yang paling aku suka adalah apabila dia mengkritik perangai Sultan dan anak anak raja. Harus diingat, sifat sultan dahulu dan sekarang amat jauh berbeza. Dimasa dahulu, rakyat adalah hamba raja. Apabila seseorang sultan mahukan sesuatu seperti hasil tanaman, kerbau kambing hatta isteri dan anak orang sekalipun, tiada siapa yang boleh membantah.

Malah sultan dan anak raja boleh membuat sesuka hati tanpa rasa bersalah. Seperti ayat ini : "Sebab aku mengatakan raja raja itu zalim dan aniaya kerana mereka sentiasa menghina rakyatnya, seolah rakyatnya itu binatang. Apabila rakyatnya bertemu raja, mereka duduk diatas tanah baik becak ataupun kotor.



"Apabila raja-raja mahukan anak anak perempuan mereka ataupun harta benda mereka, diambilnya sahaja tanpa perasaan takut kepada Allah. Perintah ataupun hukuman ke atas rakyatnya mengikut hawa nafsu. Iaitu orang dikasihinya diringankan, dan orang yang dibencinya diberatkan hukuman."

"Suatu perkara lagi yang menyebabkan orang melayu tidak berubah, tidak bertambah ilmunya dan dapat mencipta benda benda yang baharu, ialah kerana mereka tidak mahu membuang adat-adat dahulu yang karut-marut. Semuanya itu bukanlah ajaran agama dan tidak mendatangkan faedah. Oleh sebab itu mereka ditertawakan oleh bangsa bangsa lain."


Itu serba sedikit apa yang difikirkan oleh Munsyi Abdullah mengenai orang melayu pada zamannya. Buku ini elok dibaca supaya kita orang melayu sekarang tidak meniru sikap nenek moyang kita terdahulu. Alhamdulillah orang melayu sekarang memang maju dan terpelajar. Tetapi sayang sekiranya nenek moyang kita dahulu juga maju dan terpelajar, kita generasi sekarang sudah semestinya lebih maju dan hebat.

Belilah buku ni dan fahamilah apa yang cuba disampaikan olehnya. Siapa lagi yang mahu memikirkan nasib bangsa kita melainkan kita sendiri.

9 comments:

Anisa Hang Tuah said...

dah lame betul tak bace bahan bacaan mcm tu,,
ehe

alan said...

nisa: baca bacalah hehehe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

yupppp kena ubah selepas baca... aku teringat sesuatu lahhh masa BTN

ANAK KECIL MAIN API
Lirik lagu: ANAK KECIL MAIN API

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita akan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih semua mimpi
Hapuskan sengketa teruskan usaha
Kita akan gagah di Nusantara
Elit dan gagah di pentas dunia

alan said...

afzainizam: ko ada pergi BTN erkk

Anonymous said...

Dia kriik sultan kelantan.


Sultan kelantan masa tu ada 4 putera. Kebetulan masa Abdullah datang ke kelantan, ada ptandingan gusti antara 4 orang putera sultan. Siapa yang menang akan layak jadi pewaris takhta sultan kelantan yang baru.

Abdullah tanya sultan, kenapa tuanku biarkan putera baginda bertumbuk?

sultan jawab, beta dapat takhta kelantan dulu dengan cara ini. Beta mahu pastikan cuma orang yang gagah perkasa yang layak jadi sultan kelantan..

------
Abdullah : sungguh ** sultan ni. Sepatutnya, dipilih sultan baru dikalangan putera, yang paling cerdas akal fikirannya.Bukan yang paling gagal perkasa. Tidak hairan lah blablabla...

Aku tak tahu cerita ni ada tak dalam buku edisi student. Tapi yang aku baca ni edisi klasik.

alan said...

sophon: tu dari buku pelayaran munsyi abdullah kan..aku tengah cari buku sekarang..

rasanya tak ubahpun..cuma mungkin gunakan bahasa yang moden je.

Anonymous said...

Lupa, kau punya hikayar abdullah. Aku ingat pelayaran abdullah.

Alan said...

sophon: mana ko dapat pelayaran abdullah tu?

Anonymous said...

Libari kampus.

Rasanya ade kat mane2 library pun. Ada masa gi lah Lib negara. tanya pegawai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...