Followers
Friday, February 25, 2011
Blogger Femes VS Blogger Jalanan
Diakhir zaman ni, macam macam benda boleh berlaku. Jika dahulu hanya artis sahaja yang popular. Tapi sekarang tidak lagi. Hanya berbekal sebuah blog dan tuan blog buat muka comel, comform boleh jadi popular.
Komen datang mencurah curah bagaikan banjir kilat yang melanda KL semalam. Follower toksah cakaplah. Dah boleh buat geng kongsi gelap ramainya. Tapi aku lihat isinya macam biasa. Nak kata hampeh kang ada yang terasa tapi bagi aku ianya macam kosong. Tak membuatkan aku berfikir secara mendalam kalau baca pun. Yelah nak berfikir apa kejadahnya kalau setakat dia buat cerita pasal dia makan apa, dia pergi jalan mana, dia shooping apa. What da hell.
Kenapa susah sangat nak cari blogger yang mampu membuat cerita cerita ilmiah. Yang boleh membuatkan pembaca mendapat manafaat. Ada jugalah seorang dua blogger yang sampaikan perkara perkara bermanafaat macam panduan kereta, make up, tips tips photoshop.
Tapi aku nak juga cari blogger yang membuat kajian ilmiah, sastera, sejarah ataupun akedemik. Kenapa lah para intelektual kita takde membuat blog. Sekurang kurangnya untuk berkongsi ilmu dan pandangan didalam alam maya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Kalau isi ilmiah, aku suka baca artiekl Subki Latif dlam Harakah. Tu satu satunya kolum harakah aku baca.
Lagi, tulisan Hishamudin Rais dalam MalaysiaKini. Tu juga satu satunya kolum MK aku baca.
Blog yang aku baca tetap, biasanya aku letak kat kanan blog. Cuba lah jenguk.
Fav
1. remgold.blogspot (milik wartawan singapura, BM)
2. obefiend.blogspot (BM, BI)
sophon: tq
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sorry bro lambat sampai
Kalau aku cakap mungkin mendatangkan ketidakpuasan hati segelintir masyarakat.Tapi aku tetap ingin olah walaupun aku terpaksa di gantung hidup-hidup.Aku lihat blog mengisahkan gosip lebih populor berbanding blog ilmiah
Aku tidak nafikan hiburan memang diperlukan tetapi sekarang bahan hiburan bermaharajalela di Malaysia sehingga menengelamkan bahan-bahan ilmiah.Antara gosip yang paling disukai mengenai artis dan politik.Kalau gosip artis mesti mengenai gambar seksi , artis bercerai , arits khawin dan sebagainya.Kalau gosip politik mesti mengenai wakil rakyat makan rasuah , perangai tidak senonoh dan sebagainya.
Sehingga hari ini aku masih mencari idea untuk membuatkan orang kita (Malaysia) lebih suka kepada blog-blog berilmiah dari blog gosip yang melalaikan atau membuang masa.Hiburan memang diperlukan tetapi jangan melampau.
afzainizam: tahu xpe..tapi kalau dilihat secara rambang, kita lihat dunia blogger lebih dimonopoli golongan wanita. mereka lebih suka bab bak hiburan ni. kalau lelaki lebih kepada politik..
Post a Comment