Followers

Saturday, February 26, 2011

5 Cara Untuk Membunuh Diri



Di akhir zaman ini, ada ramai banyak pasangan couple. Korang boleh tengok bersepah sepah. Dan kat sini aku nak kasi tahu sikit pada jantan jantan kat luar sana yang takde awek. Camner nak buat awek suka kat korang. Tapi benda ni bergantung jugalah pada citarasa awek tu kan. Segala masalah yang korang dapat kalau ikut tips ni, aku tak tanggung tau.

1) Kenalah kemas sikit
* Orang tua tua cakap first impression tu penting. Kalau korang nak usha awek yang cun, loaded dan berpendidikan, korang kena lah kemas sikit. . Baju kemeja tu gosoklah sikit. Jangan kedut seribu pastu terus pakai. Memang selekeh gila baiii. Padankan lah baju, seluar dan kasut tu. Jangan main sebat je. Colour kalau tak sepadan boleh membuatkan korang jadi badut tau.

2) Kenalah bersih
* Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Bukan aku cakap tapi Rasullullah s.a.w yang cakap. So kalau nak awek tu suka, korang kenalah mandi selalu. Cuci muka tu. Kuku tu potong. Kalau ada daki,taik kat celah kuku, jangankan awek, pondan pun lari cik abang oii. GG tu gosok. Nak lagi bersih pakai berus cuci periuk tapi aku tak galakkan ler. Baju tu pun pakailah yang baru basuh. Bukannya seminggu dua baru nak basuh. *dulu aku ada kawan camtu ish ish*

3) Jangan merokok depan awek
* Benda ni penting. Selalunya awek jenis yag baik, dia tak suka jantan merokok depan dia. Lainlah korang dating dengan bohsia. Tu tak kisah. Tapi kalau jenis awek pakai shawl, jangan ler wat perangai. Kalau tak memang takde harapan ler nak usha dia.

Lain ler kalau korang dah declair, korang nak isap gam depan diapun tu lantak koranglah. Lagi satu kalau korang ada merokok sebelum jumpa dia, baik korang makan ler chewing gum or gula gula bagi hilang bau longkang tu.

4) Be Your Self
* Benda ni pun penting juga. Tapi bergantunglah pada situsi dan niat masing masing. Tak payahlah beriya sangat tunjuk macho. Buat rileks je. Kalau korang ni jenis payah buat lawak, tak payahlah mengada ngada buat lawak. Karang korang yang jadi bahan lawak pulak. Kalau aku dulu aku wat selamba je. Kiranya takde ler nak control macho, ataupun buat buat baik kunun kunun pijak semut, semut tu pijak aku balik.

Secara jujur, korang jadilah diri sendiri. Korang nak makan pakai tangan kat hotel 5 star ke ataupun duduk bersila kat restoran fast food, korang buatlah. Lepas tu terpulang ler pada awek tu nak kawan atau tak. Kalau dia betul betul nak kawan, dia akan stay. Kalau dia bukan jodoh kau, terima je lah baiii.

5) Tak Payah Menunjuk
* Yang ni pun macam Be Your Self. Tapi dari segi material. Kalau keje korang cuma bergaji 4 5 ratus cam aku, tak payah ler nak berlagak depan awek korang bawak Evo10. Ataupun tiap tiap malam ajak makan kat Las Vegas. Nanti korang juga yang tanggung seksa derita batin setiap hujung bulan. Cakap je terus kat awek tu yang korang tak ada duit, muka pulak huduh macam baru lepas kena simbah asid. Kalau dia betul betul jodoh kau, insyaallah sampai juga ke jinjang pelamin nanti.

Erkk 5 ni je kot tips yang boleh aku pikir. Lagipun dulu akupun pakai tips ni je. Tak payah beriya iya sangat. Perempuan ni pun tak payah layan sangat. Kalau dilayan makin mengada ngada jadinya hehehehe. Kenyataan ni walaupun pahit untuk perempuan terima, tapi ada betul juga. Aku dah 27 tahun hidup. Aku tahulah baii.

6 comments:

Naisophon said...

Betul. Tapi perepmpuan ni suka gak kena puji. Jadi w/p berat mulut, cuba lah puji.. he he

Anisa Hang Tuah said...

saye suke dipuji
cewahcewahh

alan said...

sophon: dok puji perempuan tapi kita sape pulak nak puji hehehe

alan said...

nisa: awak memang hehehe

liyana shana said...

: tuan tanah yg puji . ngeee ~ XD

Alan said...

liyana: ^_^"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...