Followers

Wednesday, February 23, 2011

Antara Hujan Dan Air Mata Di Hatiku

Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku

Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku



Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju

Bersama pilu pilu
Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara

Rindu yang ku sekamkan
Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan

Untuk diriku
Oh kasih...



“Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Kalau tak kerana islam melarang keras membunuh diri..Rasanya sudah lama aku berbuat demikian. Aku dah tak tahan lagi dengan hidup ni..Terlalu banyak masalah..Terlalu banyak dugaan..

Ya Allah..Kau berikanlah aku kekuatan untuk teruskan hidup ini...Berilah aku petunjuk dan hidayah..Sesungguhnya aku ini hanyalah hambaMu yang lemah..

Ya Allah..sekiranya mati itu lebih baik bagiku, maka matikanlah aku didalam islam serta ampunkan segala dosaku..Dan sekiranya hidup itu lebih baik untukku..Kau lapangkanlah hatiku dan permudahkanlah segala urusan kehidupanku..Kepada Mu tempatku meminta dan kepadaMu sahajalah aku berserah...

5 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

lagu ni best kan :)

alan said...

loly: yup

man yusoef said...

sayu smlm dgr kat hotfm...pastu pasang lagu salam terakhir bnyk kali...sadisnye

Anonymous said...

Ko macam stress je. Kau pegi lah berehat.

http://www.pinganchorage.com.my/home.htm

Sediakan bajet RM400. Pegi bercuti.

Alan said...

man: kalau kena dgn jiwa memang sedih gila doow

sophon: perghh 400 tu..lari budget woo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...