Followers

Wednesday, January 19, 2011

Tragedi Highland Tower

Negara kita pernah digemparkan dengan satu kejadian bangunan runtuh yang terburuk kira kira 18 tahun yang lalu. Tragedi Highland Tower adalah kejadian pertama seumpamanya berlaku di Malaysia. Tragedi ini berlaku pada 11 disember 1993.

Kondominium mewah yang terletak di taman Hillview, Ulu Kelang Selangor dibina dilereng bukit Antarabangsa. Blok yang runtuh adalah blok A manakala blok B dan C diarahkan dikosongkan setelah kawasan terbabit diisytiharkan tidak selamat diduduki lagi.

Diatas bukit berkenaan sebenarnya, terdapat sebatang anak sungai kecil. Untuk tujuan pembangunan, sungai tersebut diubah alirannya melalui sistem longkang dan pemparitan.


Dan disebelah bukit pula, aktiviti pembinaan perumahan baru sedang rancak dijalankan menyebabkan aliran longkang tadi tersumbat. Lama kelamaan air yang melimpah meresap kedalam tanah dan menyebabkan tanah menjadi longgar. Tambahan pula musim hujan yang berlaku pada bulan disember memburukkan lagi keadaan.

Dan pada jam 1.30 petang, 11 disember berkenaan, tembok penahan lereng akhirnya tidak dapat lagi menahan aliran air dan tanah lumpur lalu pecah. Aliran air dan tanah lumpur terus merempuh struktur asas blok A iaitu besi cerucuk bangunan dan menyebabkan blok tersebut terus tumbang.

Operasi menyelamat dilakukan menyeluruh dan kira-kira jam 4.30 petang, pasukan menyelamat mendengar jeritan seorang wanita dan tangisan bayi dari bawah runtuhan itu. Apabila melihat sebatang kayu dijolok keluar dari runtuhan berkenaan, mereka bergegas dengan penuh harapan ada mangsa yang selamat. Mereka menjenguk ke dalam lubang rekahan itu dan mendapati seorang wanita mendakap anaknya dan meminta diselamatkan.

Akhirnya mangsa pertama iaitu seorang bayi perempuan berusia 18 bulan, Nur Hamidah Najib, dikeluarkan dari timbunan konkrit diikuti seorang rakyat Jepun, Nakajima Shizue, 50. Mangsa ketiga iaitu rakyat Indonesia dikenali Umi Rashidah Khoruman, 22 yang juga ibu Nur Hamidah akhirnya berjaya dibawa keluar walaupun menghadapi sedikit kesulitan kerana rekahan runtuhan agak kecil.

Empat hari selepas permulaan kisah tragis runtuhan pada jam 1.30 petang Sabtu itu, bau hanyir mayat manusia semakin kuat dan boleh dihidu pada jarak 150 meter dari tapak runtuhan pangsapuri.

Namun, ia tidak mematahkan semangat pasukan penyelamat dari Perancis, Jepun, Singapura dan tempatan yang terus bertungkus-lumus mencari mangsa yang terperangkap dengan bantuan dua ekor anjing pengesan dan teknologi canggih.

Mereka juga menambah bilangan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan yang diharapkan membawa kepada penemuan mangsa.

Anggota pasukan penyelamat bergilir-gilir memasuki terowong di bawah timbunan runtuhan itu untuk mengesan mangsa tetapi belum berhasil. Mereka tidak dapat bertahan lama dan terpaksa meninggalkan terowong setelah berada hanya lima minit kerana tidak tahan bau yang semakin menusuk hidung.



Sehingga hari kelima, pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak. Lengan tangan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang ditemui Pasukan Penyelamat Malapetaka Jepun di tingkat lapan bahagian kanan bangunan pada jam 1.30 tengah hari.

Empat mayat yang reput dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan, dikesan Pasukan Penyelamat Malapetaka Singapura di tingkat yang sama. Pasukan penyelamat Perancis yang ditugaskan di bahagian kiri bangunan tidak menemui sebarang mayat sehingga lewat petang tetapi ada mendengar ketukan daripada mangsa terperangkap yang dipercayai masih hidup.

Lengan dipercayai sebahagian anggota wanita dewasa dikeluarkan kira-kira jam 1.45 tengah hari dan dihantar ke HKL. Tengkorak kanak-kanak dipercayai berumur di antara tiga hingga lima tahun serta serpihan tulang lain ditemui di tingkat yang sama. Cebisan daging dan serpihan tulang itu adalah anggota badan lebih seorang mangsa.

Keesokannya, pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak dalam timbunan runtuhan pangsapuri Highland Towers. Mayat itu ditemui berhampiran tangki air berdekatan tempat letak kereta di pangsapuri yang terbenam.



Pasukan penyelamat kemudian menemui beberapa lagi mayat termasuk mayat wanita yang reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta pada jam 7 malam. Kakinya yang putus ditemui berdekatan.

Pada 20 Disember, 25 mayat termasuk seorang memeluk al-Quran, ditemui. Turut ditemui mayat seorang wanita memakai sari dan memeluk seorang kanak-kanak, dipercayai anaknya kira-kira jam 4.05 pagi. Selepas 11 hari gerakan mencari dilakukan, akhirnya pasukan mencari dan menyelamat menghentikan gerakan mencari mangsa yang mungkin masih terperangkap sekitar jam 4.40 petang.

Sehingga kini, mangsa Higland Tower tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Mereka hanya mendapat sedikit pampasan sedangkan mereka kehilangan ahli keluarga. Walaupun tragedi ni memang dahsyat tetapi manusia tak pernah belajar. Perkara yang sama turut berlaku diperumahan disebelah lereng bukit yang sama pada tahun 6 disember 2008. Itu aku ceritakan kemudian.

8 comments:

Sepet said...

fuh..eksaited bace tau tak..cepat cite yg seterusnyeeee!! huhu!

naisophon said...

Anak Tun Musa Htam (ex-TPM, Sime Darby) orang jumpa mati bogel kat tapak tu.

Rumor? Nak sejukkan keadaan, suratkhabar wat kesimpulan dia tengah mandi dalam bath.

Tapi sebenar apa dia buat kita tak tahu.

alan said...

sepet: seterusnya? dah abis ler ^^*

sophon: ko biau betul..arwah meninggal bersama isteri dialah..ko jgn memandai wat cerita..ko ada ke time jumpa mayat arwah tu?

sory tapi aku paling pantang bila org ckp cerita bkn2 untuk org yang dah meninggal..melainkan org yang bercerita tu benar benar ada ditempat kejadian dan menyaksikan sendiri.

Anonymous said...

Aku rujuk di sini..

http://obefiend.blogspot.com/2010/12/highland-tower.html

barangkali juga aku salah. Lagipun ni kan rumor.

Anonymous said...

aku check balik artikel tu. Tapi rumor tu dah dipadam oleh owner, kat bahagian komen.

Sekarang sumber tu dah kena padam. So tak dapat buktikan kat kau.

boleh padam komen aku.

alan said...

sophon: nenek aku cakap terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..bak kata orang tua tua kerana pulut santan binasa, kerana bontot anwar binasa hehehe..mana ley padam hehehe ^ ^"

Miss AZ said...

apa yg berlaku tu kita jdkan pengajaran..

alan said...

alan: yup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...