Followers

Friday, January 21, 2011

Korang Pernah Main Lego?

Ini boleh dikatakan mainan aku yang paling mahal. Time aku kecik dulu takder PS3, xbox atau game komputer. So lego lah boleh dikatakan agak mahal. Bukan apa, dia tak dijual satu set lengkap. Dijual sedikit sedikit.

Harga dia boleh tahan mahal. Yang paling murah dijual dalam harga rm4 atau 5 ringgit lebih. Itupun cuma ada 1 orang dan 2 3 item. Aku tak pernah dapat kumpul 1 set lengkap. Bonda aku bagi belipun cuma berharga 30 ringgit ke bawah je.

Ni saja yang tinggal pada aku sekarang. Sebabnya dulu masa kecil aku ada seorang bestfriend. Kitaorang ni memang minat gila lego. Sebab kitaorang bestfriend aku kumpul semua lego aku dengan dia dalam satu bekas besau. Lepas tu bekas tu pulak dia simpan.







Bila masing masing dah besar, kitaorang bawaklah haluan hidup sendiri. Dan ini jelah yang tinggal pada aku. Kalau aku simpan sendiri lego aku, mesti tak hilang lagi lego tu. Lego ni biasa dijual ikut tema. Ada tema pirate, kingdom, bandar, star wars etc. Tema yang paling aku suka tema pirate dan kingdom.




Lego ni sebenarnya boleh membuatkan korang kreatif. Kalau malas nak main cara biasa, korang boleh bentuk sendiri apa yang korang nak macam buat bot, kapal angkasa, kereta. itupun kena tengoklah barang apa yang ada pada korang.

Macam gambar ni. Orang asli naik kereta ada kipas dan yang naik kapal angkasa tu. Benda ni bukanlah dijual begitu. Cuma aku reka malam tadi.




Sekarang aku cari lego di serata kedai tapi dah tak jumpa. Aku rasa benda ni dah tak jual lagi kot kat sini. Ada juga try usha internet tapi harga dia dah mahal sangat. Tak macam dulu. Kalau korang tahu kat mana lagi yang jual lego, sila beritahu aku please...


8 comments:

Anonymous said...

selalu maen..tapi harem nak jadi bentuk..huahahaha

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam ... Kami Datang Ziarah Blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wooooooo dulu mak aku kata masa aku kekecik dulu suka main lego.... tapi ayah aku marah pasal dah habis main tak nak kemas balik.... sebab ayah aku selalu terpijak lego yang bersepah kat lantai... Sakit woooo

alan said...

neeya: xkan x jadi hehehe

afzainizam: memang sakit woooo

Anonymous said...

Barang impian yang tak tercapai lagi start kecik samapai beso, Lego yang ada kereta dan tayar, dengan pensil warna luna 24 batang panjang..

Skrag, bile dah pegang duit sikit, aku teringin nak beli. nak puaskan impian mase kecik. Tapi belum jugak beli. huhu..

alan said...

sophon: aku ngah cari lego sekarang..bab pensil kaler tu aku pun pernah ade gak dulu..dulu yang besau sekali tu dalam 20 ringgit lebih. tapi sekarang x tau ler berapa harganya.

Miss AZ said...

kecik2 mmg selalu gak main..
sekarang ni i pun tak tau nk cari kat mana.. toy r us takda ka??

Alan said...

amirah: takde ler kat sana

Anonymous said...

Salam bang,
jual tak minifig lego tu

hubungi saya 0196752529 rie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...