Followers

Monday, January 24, 2011

Quinary M



Kumpulan ini mula merakam album pertama pada 1979 berjudul Cinta Palsu diikuti dua lagi album iaitu Kasihku Bagaikan Debu pada 1980 dan Kini Kau Berubah (1981). Kerjaya dan pembabitan muzik Quinary M secara serius bermula ketika Mazlan bergandingan bersama adiknya, Mazuin menyertai sebuah rancangan televisyen terbitan RTM pada 1974.

Ketika itu, Mazlan baru berusia 12 tahun, manakala adiknya berumur lapan tahun. Rancangan yang disertai itu adalah sebuah rancangan pencarian bakat kanak-kanak kendalian Jamal Mohamad. Dalam rancangan itu, Mazlan menunjukkan bakatnya bermain gitar manakala adiknya pula menyanyi.

Bagaimanapun, setahun selepas itu, mereka sekeluarga berpindah ke Moscow, Russia kerana mengikut bapanya Hamzah Ramli yang bertugas sebagai diplomat ketika itu. Semuanya mula berubah ketika di Moscow dan perjalanan seni adik beradik ini pula mula berkembang.

Apa yang membanggakan, ketika itu mereka sudah berpeluang mengadakan persembahan di stesen televisyen Moscow atas usaha ayah mereka. Dia melihat bakat anak-anaknya dalam bidang muzik dan bermula detik itu menubuhkan 'The M' memandangkan pangkal nama anak-anaknya yang bermula dengan huruf M.

Tiga tahun selepas itu, mereka berpindah kembali ke Malaysia dan peluang ini terus diambil untuk memperkembangkan lagi bakat seni mereka. Mazlan sendiri memenangi tempat keempat dalam pertandingan Bakat '78 terbitan RTM. Berikutan itu, nama kumpulan juga ditukar menjadi Quinary M. Quinary M diambil daripada bahasa muzik yang membawa maksud lima, tambahan pula Quinary M adalah kumpulan pertama seumpamanya di Malaysia yang menampilkan semua anggotanya adik beradik.

Bagaimanapun, kumpulan ini terpaksa dibubarkan selepas pemergian ayahanda tercinta ke Rahmatullah pada 1981. Ketika anggota Quinary M lain lebih selesa untuk menumpukan perhatian terhadap kerjaya sebagai guru, Mazlan pula bergerak solo sebagai seorang pemuzik dan penggubah lagu yang aktif. Lagunya pernah dinyanyikan sebahagian penyanyi terkenal seperti Aman Shah, Sheila Majid, Anita Sarawak, Fairuz Hussein, Allahyarham Seha, Feminin, Amy Mastura dan Dayang Nurfaizah.

Dia yang pernah merakamkan album solonya pertama berjudul Aku Dan Diriku pada 1984 diikuti album kedua berjudul Refleksi tiga tahun kemudian. Mazuin mengukir sejarah negara apabila menikahi sejarah negara apabila menikahi adinda Sultan Brunei, Pengiran Muda Sufri Bolkiah pada 1987. Bagaimanapun, Mazuin yang kini hanya dikenali sebagai Hajah Mazuin Hamzah bercerai pada 2004.

Korang layan lagu Mustika Hati ni. Kena pulak suara Mazuin yang masa ni keanak anakkan. Memang syahdu woo.



Sumber: Info Musik

7 comments:

Anonymous said...

Boney M Malaya

alan said...

sophon: yup :)

Mermaid Ungu said...

errr...xpenah kenal band ni..ahaha

alan said...

ayunda: memang ler..ni band tahun 70an hehe

Anonymous said...

Mazuin Hamzah tu cantik. Bini sultan Brunei.
Ni aku wat research sikit.

http://syahrilkadir.wordpress.com/2008/11/12/di-mana-agaknya-mazuin-hamzah/

alan said...

sophon: sekarang dia dah cerai kan

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba Tumpang lalu

kalau ayah aku tau mesti dia suka tauuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...