Followers

Monday, January 10, 2011

Masa Dan Kejayaan


Setiap hari kita mempunyai 24 jam. 12 jam siang dan 12 jam malam. Erkk betul ke? Lebih kurang begitulah. Sejak sekolah, sudah pasti kita ditekan kepada pentingnya masa. Atau lebih tepat menepati masa dan tidak membuang masa of coz.

Dan adakah korang tahu bahawa masa itu amatlah penting. Seperti contoh, kita nak meragut beg tangan seorang awek cun. Ketepatan masa tu amatlah penting. lambat sesaat mungkin kita tak sempat nak tarik beg, ataupun cepat sesaat kita pula akan jatuh bersepah.

Begitu juga dengan kerja. Katakan setiap setiap hari kita mendapat kerja. Dan suatu hari kita tangguhkan kerja. Esok kita terpaksa membuat dua kerja. Jika tangguh 2 hari, kita terpaksa membuat tiga kerja. Sifir ini mudah saja waima budak belum balighpun boleh mengira.

Untuk menjadi seorang ketua yang baik, dia seharusnya mementingkan waktu. Walaupun seorang ketua kongsi gelap, pengurusan masa adalah amat penting. Jika kita sebagai ketua mementing masa, sudah pasti orang bawahan kita akan turut sama berdisplin dan menghormati kita.

Dan untuk menjadi seorang berjaya, kita tidak perlu membiarkan masa berlalu sebegitu sahaja. Lakukanlah segala tugas dan amanah itu dengan baik dan sejujurnya. Tepatilah masa nescaya hidup kita akan diberkatiNya. Kejayaan tidak akan hadir sekiranya kita terus membuang masa.

Teringat kata pakar motivasi time aku nak SPM dulu ; "Do it now! Action is power"

2 comments:

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

memang lerrr kita ni selalu sesangat tangguh kerja esok keesoknya ke lusa last sekali tak buat pun....

alan said...

afzainizam: hehehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...