Followers

Saturday, January 01, 2011

Alan Dan Dunia Fantasi

Lebih kurang 20 tahun dahulu, ada satu cerita fantasi yang telah mengemparkan negara. Bukannya cerita Mona Fendi ataupun cerita Kondominium Highland Tower yang runtuh tu. Tetapi cerita The Cave Of The Golden Rose. Cerita ini asalnya adalah cerita Itali. Watak utamanya adalah Fantagiro seorang puteri raja yang handal berlawan dan berani. Bila sebut Fantagiro teringat pula air Fanta merah. Korang pernah minum? Popular time aku kecik kecik dulu lebih kurang 20 tahun dulu jugalah.



Ok balik semula pada cerita. Cerita ni best sebab dia macam cerita fantasi atau dongeng. Ada batu dan haiwan yang boleh bercakap. Diorang ni membantu Fantagiro didalam pengembaraannya. Watak lelaki yang popular adalah Tarabas. Ramai pompuan ketika itu cakap mamat hensem gila. Maklumat lanjut boleh klik sini

Lagi satu cerita fantasi yang menarik minat aku adalah cerita Never Ending Story. Filem ni dibuat tahun 1984 rasanya. Tentang seorang budak lelaki yang masuk kedalam sebuah buku cerita. Takdir budak tu adalah menyelamatkan alam didalam buku yang dipanggil Fantasia. Maklumat lanjut boleh klik sini



Selepas tu takde lagi filem berasaskan fantasi dibuat sehinggalah muncul filem Lord of The Ring. Semua orang tahu cerita ni kan. Aku suka time perang je tapi aku x suka pada watak utama iaitu budak lelaki tu. Ntah apa apa je budak tu aku tengok.

Satu lagi filem Harry Potter. Lagi aku menyampah. Watak Harry tu menjengkelkan aku sungguh. Dengan cermin matanya memang nampak nerd gila. Bagi aku takde nilai nilai fantasi sungguh cerita ni.

Sehinggalah munculnya filem Narnia yang membuka semula alam fantasi aku. Filem Narnia memang best. Watak 4 beradik yang mengajar semangat kekeluargaan dan kasih sayang. Aslan singa yang besau gila. Nampak real je singa tu. Narnia yang ketiga ni pun best juga. Mencari 7 bilah pedang untuk selamatkan dunia dari kuasa kejahatan. Narnia ada lagi 4 episod kalau ikut buku original. Maklumat lanjut klik sini.





Salah satu sebab aku suka filem ni adalah masa kecil dulu aku ada satu fantasi. Aku mahukan sebuah alam yang sama macam Narnia. Haiwan dan alam semulajadi boleh bercakap dan hidup bersama sama manusia. Ada air terjun setinggi 7 tingkat. Boleh berjalan atas pelangi. Ada macam macam hidupan daripada dinosaur sampailah pokok bunga. Siap bunga tu boleh menyanyi lagi. Hidup kat dalam tu memang happily ever after. Innocent sungguh alam fantasi aku huh.

Tetapi semakin aku meningkat dewasa, aku semakin sedar dunia seperti itu tidak akan wujud. Manusia akan sentiasa merosakkan dunia ini sehinggalah ke akhir zaman. Membunuh segala gala kehidupan semata mata mengejar keuntungan duniawi. Merosakkan hutan dan bukit diatas nama pembangunan. Manusia sudah lupa tujuan mereka dijadikan. Mereka lupa tanggungjawap mereka untuk melindungi dunia ini.

Hanya filem Narnia saja yang membuatkan aku gembira dan lupa seketika kepada sifat jahat manusia ini. I wish Narnia is really exist huhuhuhu...Hurmm apa pula fantasi liar korang?

8 comments:

Anonymous said...

Ceritera PeterPan geng.. Lu lupa.


The best movie ever.

alan said...

sophon: aku xlupa tapi cite peterpan tu dah mcm x fantasi..banyak sgt yang buat remake.

Unknown said...

fantasi liar? haha.. aku suke citer shin chan.. :P

alan said...

heidi: shin chan kira cerita fantasi ke? atau animasi?

ღ❤❣::A.J.M::❣❤ღ said...

The Never ending Story... suka sgtr cite tu... Narnia Chronicles is my favorite...

sama mcm Emo Boy, teringin nk hidup dlm dunia penuh bianatang yg blh bckp... And teringin nk ada Aslan yg sygkan Embun...

Afzainizam said...

Welcome..Happy..New..Year
╔══╦══╗╔╦╗  
╚═╗║╔╗║║║║ 
╔═╝║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║║    
╚══╩══╝╚╩╝
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wooooo Alan and peterporn ohhhh tidakkkk....

sekarang ni dah banyak filem-filem berbentuk alam fantasi.... uhhhh mungkin sekadar hiburan semata-mata.... tapi kalau kita asyik dok berfantasi sangat susah gakkan....

Afzainizam said...

Welcome..Happy..New..Year
╔══╦══╗╔╦╗  
╚═╗║╔╗║║║║ 
╔═╝║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║║    
╚══╩══╝╚╩╝
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

eeemmmm sesekali tengok citer camtu.... tapi tengok filem orang putih ni mmg nampak macam real aje.... kita tengok ni dah kena tipu aje.... mmg fantasi dalam rialiti betul lahhh

alan said...

embun: samalah kita :)

afzainizam: itu ler teknologi diaorang..kitapun boleh buat tapi perlukan budjet yang besau hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...