Followers

Sunday, January 02, 2011

Air Botol Klasik

Entry aku yang lepas ada menyebut tentang air Fanta merah. Mungkin ada yang blur apa benda air Fanta merah. Air Fanta merah sebenarnya adalah air gas atau karbonat dari F&N. Merah tu sebab dia perisa strawberi dan berwarna merah. Masa kecik kecik orang panggil air Fanta merah je.


Gambau Google

Air ni pulak dijual didalam botol kaca. Kira kira 20 tahun dahulu, penggunaan botol plastik tidak wujud. Yang adapun rasanya cuma air mineral Spritzer saja. Kalau air gas/berkarbonat semuanya dijual dalam botol kaca. Coke, Pepsi, 7up dan Kickkapor adalah antara yang popular dahulu.


Gambau Google

Kalau nak buka kena pakai pembuka botol. Takpun main sepit je kat mana mana celah pastu tarik. Kalau yang hardcore tu main bukak pakai gigi je. Kalau nasib tak baik boleh berdarah gusi atau bibir.

Masa aku kecil, tak ada lagi proses kitaran semula ni. Selalunya botol kaca yang dah digunakan akan dijual ataupun buang sahaja. Kalau time raya, botol ni buat main mercun roket. Time tu takde mercun KLCC, Tunderclap. Yang ada cuma mercun roket kecik batang lidi merah tu je. Masukkan mercun dalam botol lepas tu bakarlah. Kiranya buat tempat tegakkan mercun tadi.

Penutup botol pulak buat main dam haji. Satu lagi yang popular dipanggil main tudung oren. Alaa macam main batu seremban juga. Cuma pakai tutup botol. Lambung lambung jentik jentik. Aku pulak suka buat bintang. Ketuk sekeliling sampai leper, lepas tu gunting pakai gunting besi. Buat bentuk bintang. Lepas tu main baling baling. Konon konon jadi ninja lah. Kalau kena boleh luka jugalah.

Apa dah aku merepak sampai ke botol pulak ni aduss. Tak apalah kira sama jugalah. Sekarang air Fanta ni masih dijual cuma didalam bentuk moden. Alaa dalam botol plastik lah. Masih ada dijual kat kedai. Tapi tak pasti sama ada rasanya masih sama ataupun tidak. Dan sekarang akupun dah tak minum air gas. Dah tua tua ni kenalah jaga sikit. Kang tak pasal pasal kena kencing manis pulak.

4 comments:

Anisa Hang Tuah said...

dah lame tak nmpk botol2 kace tu kat sini
ade pun botol kicap

Naisophon X said...

1. Tudung botol tu biasa je. Tudung besi tu ada lagi - tudung kicap kipas udang. kicap lain semua pakai plastik dah.

2. botol plastik. Dulu ada lah weh. Tapi versi 1.5liter je ada botol plastik, versi 500ml tak ada. Bentuk dia bulat, lutsinar. Tapak dia warna hitam.

3. Botol kaca tu muatkan 385ml rasanya. Sama isipadu dengan air tin sekarang.

nurain said...

yang paling bes hjung mgu tgu apek beli barang recycle, jual botol~

alan said...

nisa: sayangilah botol kicap anda :)

sophon: yang tapak hitam tu pun dah kira antik wooo.

nurain: yup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...