Followers

Thursday, December 23, 2010

Taman Mimaland

Korang pernah tak dengar nama Taman Mimaland? Taman Mimaland ni suatu ketika dulu adalah satu taman tema yang top di sekitar KL. Masa tu Mimaland memang popular gila. Genting time itupun tak popular sangat macam sekarang. Sunway Lagoon lagilah takde masa tu.

















Mimaland ni dibuka pada tahun 1975. Ianya terletak kat Batu 11, Jalan Gombak. Dan jalan ni sekarangpun orang dah tak pakai kecuali orang yang tinggal dikampung sana je. Jalan lama ni penghubung KL dan Bentong. Sekarang ni orang pakai highway KL- Karak je.

Dia ada kolam, papan gelongsor macam Sunway Lagoon, patung dinasaur ala ala Jurasic Park, pagar sesat dan macam macam lagi. Dia ada juga chalet dan hotel kat situ. Bayaran masuk aku tak tahu berapa. Tapi aku rasa murah lah kalau kira tahun 70 80 semua masih murah.

Mimaland Sekarang










Taman Mimaland ni dulu selalu jadi lokasi filem melayu macam cerita Gila Gila Remaja, Dendang perantau dan banyak lagi ler. Akupun tak pasti sangat sebab kadang kadang ada yang shoot kat Cameron atau Genting.



Taman ni akhirnya ditutup pada tahun 1993/94. Itupun selepas ada kes budak lemas. Selain itu, Mimaland juga diarah tutup selepas taman ni mendatangkan masalah mendapan dan pencemaran sungai Gombak ketika itu. Sekarang Mimaland hanya tinggal kenangan kepada mereka yang pernah pergi kesana.

Info dan gambar diambil dari carigold

8 comments:

Unknown said...

Oh ruginya dah tutup. Aku rasa mcm tk penah pegi sana lg

alan said...

fatin: check ler lahir tahun berapa kalau nak tahu pernah ke tak hehehe

Anonymous said...

Tak rugi jugak. Pemilik tanah tu cakap, dia nak tunggu pembeli tanah tu. Buat masa ni, dia xnak bangunkan tanah tu sebab tak berbaloi.

Tanah kat KL pun tak berbaloi kalau nak bangunkan sebenarnya. Sebab tanah lembut, tanah batu kapur. Kena je hujan asid terus cair. Cerucur bangunan KLCC tu sama panjang dengan bangunan dia. takut roboh, tanah lembut. Tapi dah british wat ibunegara situ, barulah harga taah tu naik jugak..

Biasa dengar Magnum Corp?

alan said...

sophon: aku tahu..memang tanah ni hak milik magnum..tapi kalau aku ade duit maybe aku bukak balik..cuma kali ni ikutlah standard piawaian alam sekitar...kalau nak kira, Genting tu pun boleh didakwa sebab dia dah ceroboh hutan.

Anonymous said...

Genting dia jaga lah alam sekitar. Siap dapat anugarah alam sekitar lagi.

Tau tak Genting penyumbang utama cukai negeri Pahang? Kau sbg rakyat pahang patut berbangga dengan kasino genting, :p

alan said...

sophon: ko percaya ke dia jaga? ko x tgk dia punya pembangunan kat sana..habis hutan bukit ditarahnya.

nak pegi kasino ke hehehe

Ms. Wanniey said...

haha... rasa cm pernah pegi masa kecik2 dulu... cm ader jer gambo kat mimaland tu... :P

Tergagah said...

ni rakaman video aku turut serta untuk menjejak Taman Mimaland di malam hari


http://tergagah.blogspot.com/2011/03/taman-mimaland.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...