Followers

Thursday, December 16, 2010

Simpanan Wang Bukanlah Jaminan Hidup



Korang percaya atau tidak, sebenarnya krisis ekonomi dunia masih belum pulih sepenuhnya. Walaupun kerajaan mengumumkan ekonomi negara berada ditahap yang memberangsangkan tetapi sebenarnya ianya tidaklah sekukuh sangat.

Boleh dikatakan hampir seluruh dunia mengamalkan sistem kapitalis termasuklah Rusia. China juga sekarang mengamalkan pasaran bebas kecuali Korea Utara. Dan didalam undang undang kapitalis, sekiranya sistem ini down atau jatuh, maka segala duit duit yang korang simpan didalam bank tidak dapat dikeluarkan.

Dan mungkin..Mungkin sistem ini benar benar akan jatuh. Mungkin 5 10 tahun lagi. Jadi untuk mengelakkan korang kerugian, aku nasihatkan korang melaburkan wang yang korang ada dengan membeli emas. Bukan emas biasa biasa tetapi emas pure. Atau lebih tepat wang emas/jongkong emas.

Seorang professor ekonomi di UIA, ada menulis buku mengenai masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dalam bank. Duit kertas yang kita simpan dibawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ini tak boleh beli apa pun di masa depan.

Kalau korang tak percaya, cuba korang fikir apa yang korang boleh beli dengan 10 sen, 50 sen dan 1 ringgit sekarang. Aku tak tipu korang. Duit ketas yang kita adalah cuma kertas bodoh bodoh yang dicetak oleh bank negara. Cuba korang fikir sekiranya Malaysia berperang dan negara kita hancur. Adakah kertas kertas ini masih laku? Aku cakap ianya cuma akan jadi toilet tisu je nanti.

Didalam islam harta yang disebut adalah tanah, emas dan perak. Dan sekarang emas dan perak sedang disimpan oleh Amerika dan Israel. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dengan duit kertas.

Korang tanyalah mana mana jutawan ataupun bisnesman kat Malaysia. Kebanyakkannya melaburkan didalam bidang hartanah dan emas. Sebabnya mereka tahu nilai ini susah nak jatuh. So nasihat aku, cuba cubalah kumpul duit untuk dilabur keatas emas. Lagipun ianya bukanlah pelaburan sia sia seperti MLM yag sememangnya penipu tu.

Sumber fakta : Double Y

3 comments:

Naisophon X said...

http://remgold.blogspot.com/2010/11/gold-standard-matawang-kertas-inflasi.html

Ni lik yang best untuk tambah pengetahuan pasal dunia kewangan. Kamu cubalah baca. Ia blog yang bagus, milik wartawan singapura.

Kalu ada masa, cuba ushar jugak link kat tepi kanan blog aku. Tu kebanyakan website yang bagus. Sampai aku addict vaca.. :)

enyheartsdiamond said...

eny rasa duit eny tak cukup nak beli emas pun :p

alan said...

naisophon: tq

eny: try ler kumpul :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...