Followers

Thursday, December 30, 2010

Saya Emo, Saya Ok

YEREVAN, Armenia 28 Dis. - Tindakan beberapa pegawai polis yang memasuki rumah seorang remaja berusia 13 tahun, Marsha dan menggeledah bilik serta memeriksa komputernya bukanlah kerana dia terlibat dalam jenayah berat.

Kesalahan yang dilakukannya hanyalah kerana dia menjadi pengikut setia sebuah kumpulan punk rock dikenali sebagai 'emo' yang mula menjadi budaya baru di kalangan remaja di bekas negara Kesatuan Soviet ini.

"Ia merupakan satu pengalaman yang amat menakutkan," kata Marsha yang merupakan pelajar sekolah di ibu negara Armenia ketika menceritakan tentang pengalamannya disiasat polis.

Polis di Yerevan sedang melancarkan kempen menentang komuniti emo selepas dua kejadian bunuh diri yang dipercayai melibatkan ahli kumpulan berkenaan.

Mereka mendakwa kumpulan itu merupakan ancaman kepada masa depan generasi muda di negara ini.

Sejak itu, polis telah melakukan pemeriksaan di sekolah-sekolah, menyiasat pelajar yang dipercayai pengikut kumpulan emo berdasarkan pakaian mereka serta memasang kamera litar tertutup di kawasan yang menjadi tempat generasi muda berkumpul.

Berpuluh-puluh pengikut emo turut ditahan pihak berkuasa walaupun ada pihak mendakwa undang-undang di negara ini tidak membenarkan polis bertindak menentang genre muzik itu dan pengikutnya.

Sumber: Utusan Malaysia

What da fuck! Gila babas golongan orang tua kat sana. Baru dua kejadian bunuh diri, dah mula kelam kabut. Padahal time dia bawah Soviet dulu, berapa ramai orang mati kena bunuh? Sendiri mahu jawap ler.

Bukan semua budak emo ni adalah dari golongan negatif. Dengan dasar globalisasi sekarang dan juga di akhir zaman ni, emo dah jadi satu trend. Macam orang makan nasi dgn kicap chap kipas udang. Ataupun trend orang tua tua hisap rokok seludup.

Bak kata mamat gayboy dalam youtube hari tu "saya emo, saya ok"

4 comments:

Anonymous said...

Aku tak faham kenapa tajuk blog kau emoboyz?

alan said...

sophon: sebab aku emo..akupun x paham tajuk blog ko tu?

Anonymous said...

Tu nama syarikat aku. Daftar lesen sebab nak chop nama tu, tapi takdak buat apa apa bisnes lagi. Nak jaga trademark.

enyheartsdiamond said...

saya suka gaya rambut budak emo perempuan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...