Followers

Saturday, December 11, 2010

Jom Kenal Pucuk Ubi

Korang kenal ke pucuk ubi? Aku walaupun duduk kampung, selalu makan ubi kayu dan bermain batang ubi tapi baru tadi aku kenal pucuk ubi. Erkk bukan tak kenal cuma salah faham je.

Bonda aku suruh tebang batang ubi kat sebelah rumah dan ambil pucuknya tadi. So akupun buat ler. Dah tebang tebang tapi aku confius dimana pucuknya. Aku rasa maksud pucuk adalah daun muda so akupun ambillah daun yang aku nampak macam muda.


inilah pucuk ubi

Sekali bonda aku gelakkan aku daa. Rupanya rupanya pucuk tu adalah menatang kat hujung batang tu. Memanglah pucuk tu maksud daun muda tapi kiranya daun yang paling hujung dari batang ubi. Erk akupun dah susah nak terangkan. Lepas ni korang tengoklah sendiri kat
mana letaknya pucuk muda tuh.


daun pucuk ubi

Selalunya daun pucuk ubi atau orang panggil pucuk ubi je dijadikan ulam ketika makan nasi. Ianya direbus dan boleh dimakan bersama sambal belacan atau sambal tempoyak. Ikut selera masing masinglah. Kalau rasa nak campur mayonis atau kejupun boleh juga hehehe.

4 comments:

enyheartsdiamond said...

ubinya boleh buat fries :)

alan said...

eny: yup..tapi lagi senang beli kat kedai je hehehe

asrul amanda said...

Nak patah gigi ke buat fries ubi kayu.

ubi kayu ni keras macam kayu

Alan said...

asrul: hehe boley tapi potong nipis2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...