Followers

Tuesday, November 16, 2010

Tiada Hala Tuju



Ada sesetengah orang yang suka membuat blog banyak banyak. Tak tahulah apa sebabnya. Ada yang saja suka suka. Ada yang mahu bezakan perkara peribadi dengan perkara lain.

Macam aku, aku suka gabungkan bermacam perkara seperti info, pengetahuan am, peribadi dan lain lain didalam satu blog. Sebab itulah blog aku ni jadi blog rojak. Macam takde hala tuju. Tetapi aku cuba elakkan daripada isu politik didalam blog Emo Boyz ni.

Sebabnya dahulu aku pernah berbuat demikian. Dan hasilnya bermacam kecaman yang aku dapat. Maklumlah setiap orang ada parti sendiri. Bila aku kritik parti tertentu sudah ada pihak yang melenting.

Sebab itu aku pisahkan isu politik dan letakkan ia kedalam sebuah blog lain. Dan tak aku nafikan, isu politik sememangnya menjanjikan pulangan wang yang menggalakkan. Duit dari blog ni langsung tak naik tapi dari blog politik selalu je naik. Patutlah ramai orang suka berpolitik kat negara ni hehehe.

Tapi entah mengapa aku tak berminat membuat cerita pasal artis. Kalau dikirapun memang jarang ler. Kecuali satu dulu pasal Memey. Itupun sebab aku panas bila orang kutuk Memey. Suka suka mak bapak dia je nak kutuk memey. Tahu ler Memey tu cun. Jeles apesal.

Dan sebenarnya aku ada sebuah blog yang boleh dikategorikan jenis "hidup segan mati tak mahu". Korang boleh klik sini. Rasanya nak jadikan sebuah lagi blog politik tapi rasa susah nak maintain. Banyak sangat blog pun pening kepala nak jaga. Semua benda nak up to date.

Tak tahulah apa akan jadi pada blog ni. Rasanya terbengkalai sebegitu sajalah nanti.

3 comments:

Afzainizam said...

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Selamat Menyambut Aidil adha
Selamat menunaikan ibadah korban
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

eemmmm aku sebenarnyer respect kat penulisan ko tu.... sapa kata caca marba... aku lebih suka kalau ko buat cam ni... semuanya ade... dari artis sampai lah ke politik... agama... mahu pun apa jua... semua boleh tengok aje kat blog ko... harap ko kekalkan identiti blog ko sebegini.... aku suka lahhhh...

alan said...

tq..akupun memang nak kekal macam ni sebab kalau hanya bergantung pada satu isu saja, alamatnya tak bernyawa ler blog aku..

Selamat Hari Raya Aidiladha

Sachi Asukai said...

betol-betol-betol!sokong afzainizam:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...