Followers

Thursday, November 25, 2010

SPM Suatu Kenangan



Saat ini pelajar tingkatan 5 sedang menghadapi peperiksaan SPM. SPM merupakan suatu ujian terbesar untuk pelajar sekolah. Pengalaman belajar sejak darjah 1 sehinggalah tingkatan 5 akan diuji sewaktu SPM.

Mengapa sejak darjah 1? Sebabnya ketika itulah kita mula masuk kesekolah secara rasmi. Setakat UPSR itu, apalah sangat. 100 A didalam UPSR tetap tidak akan membawa kita kemana mana melainkan SPM sahaja.



Aku juga pernah mengambil SPM 9 tahun yang lalu. Dari 9 subjek yang aku ambil, hanya 6 yang lulus. Apa yang gagal, tak perlulah aku sebut disini. Dan langsung tiada A! Tetapi aku masih disini. Alhamdulillah masih lagi hidup bernyawa dibumi tuhan ini.

Teringat masa dulu, waktu SPM bagi kebanyakkan orang ianya adalah waktu kritikal. Saat itulah masing masing mula serius. Tetapi bagi aku SPM itu satu keseronokkan. Seolah olah SPM itu tidak penting langsung.

Tetapi pada waktu yang sama, SPM juga merupakan detik perpisahan untuk seseorang pelajar. Itulah saatnya mereka akan meninggalkan alam persekolahan yang menyeronokkan dan melangkah ke alam yang lebih dewasa dan mencabar.

Mungkin pada seseorang, meninggalkan sekolah adalah perkara yang ditunggu. Tetapi bagi aku, alam persekolahan adalah waktu paling mengembirakan. Tidak perlu memikirkan soal kerja, soal duit ataupun soal soal kehidupan.

Tetapi SPM sekarang tidak boleh disamakan dengan waktu aku dahulu. Sekarang begitu ramai pelajar yang cemerlang didalam SPM. Jadi persaingan untuk mendapat tempat di IPT amat sengit. Sekiranya SPM anda terkantoi, maka anda tiada peluang untuk menjejak kaki ke menara gading.

Aku tak ada apa nasihat untuk pelajar yang mengambil SPM. Cuma sekadar mengingatkan SPM bukanlah penamat hidup kita. Sesungguhnya perjalan hidup korang masih panjang insyaallah. Dan korang masih berpeluang merubah hidup korang asalkan rajin berusaha. Mungkin SPM korang kurang menyerlah tetapi korang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga Phd suatu hari nanti siapa yang tahu kan!

Ramai rakan rakan aku yang hanya kelulusan SPM sudahpun berjaya didalam hidup. Walaupun tidak sekaya mana tetapi sekurang kurangnya mereka sudah mampu berkeluarga sendiri. Sedangkan aku hanya mempunyai diploma masih lagi terkial kial mencari haluan hidup.

Berusahalah bersungguh sungguh. Sesungguhnya masih ada sinar di penghujung jalan anda. Gudluck in SPM.

6 comments:

Aina said...

terima kasih . ada lahi 6 paper nak habis , yayy ! ;)

alan said...

gudluck hehe

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

wooooo aku pun SPM dah berlalu dulu pakai agriget aku dapat A 20 tapi tak dapat gi mana-mana....

payah masa tu.... nak cari kerja pun payah....

apa pun aku tetap bersyukur walau aku tak berjaya ke menara universiti aku tetap bersyukur seadanya....

SPM yang begitu meninggalkan banyak kenangan selamat tinggal kawan-kawan lama ku semua...

enyheartsdiamond said...

eny 8a, 2 b :)

tapi, takde pun seberjaya mana sekarang ni :)

Anna Boleyn said...

yep... spm bukan segalanya..yg pntng jgn ptus asa lpas spm tu. at least continue study kat mana2 ..masa tu anti yg pnting.. :)

Alan said...

afzainizam: dulu pakai agriget yek

eny: banyaknya A hehehe

anna: betul betul betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...