Followers

Wednesday, November 10, 2010

Si Kuning Yang Berjasa



"Si Kuning adalah seekor anjing kepunyaan Inspektor Khoo Seng. Walaupun si Kuning kelihatan garang tetapi dia merupakan anjing yang taat dan cekap. Setiap petang inspektor Khoo Seng akan membawa si Kuning bersiar siar di taman.

Suatu malam, seorang pencuri telah memasuki rumah jiran inspektor Khoo Seng. Kebetulan pada masa itu jirannya tiada dirumah. Si Kuning telah mendengar bunyi ganjil lalu ianya bangun menyiasat.

Sebaik si Kuning melihat pencuri berkenaan, si Kuning terus menyalak garang. Pencuri berkenaan merasa takut melihat si Kuning lalu cuba melarikan diri. Si Kuning terus berlari dan menerkam pencuri berkenaan.

Pencuri berkenaan terus menjerit meminta tolong apabila digigit oleh si Kuning. Inspetor Khoo Seng bersama jiran lain terus keluar rumah apabila mendengar jeritan pencuri berkenaan. Akhirnya pencuri berkenaan berjaya ditangkap oleh orang ramai.

Orang ramai terus memuji si Kuning kerana keberanian dan kepintarannya menangkap pencuri terbabit."

Ini adalah antara kisah yang masih aku ingat didalam buku teks Bahasa Malaysia darjah 3 KBSR. Cerita inipun tak teratur sebenarnya. Cuma tajuknya saja yang masih aku ingat dan serba sedikit jalan cerita.

1 comment:

Anonymous said...

Aku ingat buku BI paling 1st aku baca. Ada 3 abjad. Ni buku tadika

Sun
Gun
Bun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...