Followers

Wednesday, November 10, 2010

Anak Menantu Syaitan



PEKAN 9 Nov. - Entah apa yang merasuk dirinya, seorang pemuda dipercayai menuntut ilmu sesat tergamak menetak sehingga mati ibu kandungnya di kepala menggunakan kapak di rumah mereka di Felda Chini Timur 1 di sini, semalam.

Kejadian menyayat hati pukul 10.30 malam itu berlaku ketika mangsa, Che Wa Isa, 57, sedang mengangkat kain jemuran di beranda rumahnya. Che Wa yang mengalami pendarahan serius akibat tetakan itu sehingga terkeluar cebisan otaknya meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Pekan di sini.

Ketua Polis daerah, Supritendan Yahaya Othman berkata, semasa kejadian, suami Che Wa dan anak bongsu mereka sedang berada di dalam rumah. Katanya, suspek berusia 23 tahun yang berada di beranda tiba-tiba meluru ke arah ibunya lalu menetak kepala Che Wa dengan kapak pemotong buah sawit.

"Suspek melarikan diri sebelum polis berjaya memberkasnya di sebuah pondok di belakang rumah jirannya, kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

"Turut ditemui kapak besi yang digunakan untuk menetak ibunya," katanya di sini hari ini.

Menurut Yahaya, hasil soal siasat mendapati suspek dipercayai telah menuntut ilmu sesat sehingga mempunyai niat untuk membunuh ibunya.

"Suspek memberitahu ibunya itu telah lama mati dan hanya tinggal jasad yang dihantui saka dan santau. Dia juga menganggap dirinya umpama toyol," katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing juga mendapati suspek yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu didapati positif dadah jenis ganja.

Menantu Syaitan

KULAIJAYA 9 Nov. - Hanya kerana perselisihan faham, seorang pemuda sanggup menikam bapa mertuanya sehingga parah di rumahnya di Jalan Bendahara 3, Bandar Tenggara, di sini semalam.

Armen Suardi, 52, dipercayai diserang menggunakan objek tajam dipercayai pisau pukul 2.40 petang sehingga cedera parah di dada dan kepala.

Armen yang berlumuran darah kemudian membuat laporan di balai polis berdekatan sebelum mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Bandar Tenggara.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang merupakan seorang penganggur sebelum kejadian.

Katanya, sebaik sahaja menerima laporan, suspek yang berusia 23 tahun dan berasal dari Kampung Lubuk Pengkalan Batu, Mersing melarikan diri ke Mersing.

"Bagaimanapun dia berjaya ditahan pada waktu malam hari kejadian di rumah keluarganya di kampung tersebut.

Utusan Malaysia

Akhir zaman ni semakin ramai orang gila berkeliaran diatas muka bumi ini. Mereka ini umpama tentera syaitan yang akan membunuh manusia tanpa perikemanusiaan. Mereka ini tidak hanya dikalangan penagih dadah atau penjenayah biasa sebaliknya turut berada diarena politik dan ketenteraan.

Malah presiden Amerika juga tidak terlepas daripada penyakit gila ini. Siapa yang tidak mengenali George w Bush. Dia antara tokoh gila paling terkenal didalam sejarah perang dunia selain daripada Hitler dan Perdana Menteri Jepun Tojo. Dia sengaja membunuh ribuan umat islam diseluruh dunia semata mata memuaskan nafsu syaitannya.

So aku nasihatkan supaya korang berhati hati. Orang gila terlalu ramai sekarang. Mungkin ada didalam keluarga anda. Malah anda juga tak terkecuali dari menjadi salah seorang daripada mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...