Followers

Thursday, November 04, 2010

Permintaan Terakhir 1975



Jika anda peminat filem filem lama era 70 an, sudah pasti anda akan perasan antara tajuk filem yang popular digunakan adalah esok.

Seperti contoh Menanti Hari Esok (1977), Esok Masih Ada (1979), Tiada Esok Bagimu (1979) dan Esok Untuk Siapa (1982).

Sebenarnya filem filem ini adalah lakonan Yb Senator Datuk Jins Shamsudin. Dia antara pelakon pelakon veteran yang aku minati. Pada aku, pelakon pelakon lama lah paling bagus lakonannya seperti Allahyarham Tan Sri P Ramle, Allahyarham Mahmud June, Allahyarham AR Jaafar, Allahyarham M Rajoli, mendiang Param, Allahyarhamah Yusni Jaafar, Allahyarhamah Norizan dan ramai lagi.


Aku juga rindukan lakonan dari Uji Rashid, Noorkumalasari, Latiff Ibrahim, Ema Manan, Ogy Ahmad Daud, Syarifah Aini dan M Nasir. Dua orang pelakon lama yang masih aktif sehingga sekarang pula Rosyam Nor dan Datuk Rahim Razali. Lakonan mereka berdua memang best terutama dalam drama Isabella kat astro prima. Layan wooo.



Tentang pelakon sekarang, bukan mereka tak bagus, cuma cerita cerita peribadi mereka menjengkelkan aku. Bakat lakonan tak seberapa tapi gosip mengalahkan diva. Banyak yang hancur.



Dan mungkin juga kerana aku membesar bersama filem filem lama, membuatkan aku terasa lebih dekat dengan pelakon pelakon lama. Yelah di tahun 80 dan 90 an, astro mana ada lagi. So aku layan je lah RTM dengan tv3 yang selalu siarkan filem lama.

Title filem yang aku suka adalah "Bukan Salah Ibu Mengandung" (1969) hehehehe.

5 comments:

Anonymous said...

kalau kau rajin, cuba youtube vidoe iklan klasik. Macam iklan proton wira, iklan dunhill, iklan planta, ikLan megi.


---------
Mesti kau ingat ikLan ni

mak : Ana, pegi sekolah. dah lewat ni.
Ana : sakit perut mak

(mak masak megi)

Mak : Ahem..kalau sakit perut tak boleh makan megi
Ana : dah baik makk..

Latar : Mi Maggi cepat dimasak sedap dimakan'


klasik doh..

alan said...

iklan megi kat youtube x berapa elok visual

Anna Boleyn said...

hehe nostalgia betul filem2 lama ni. masa sekolah rendah dulu ada lah jugak tengok. ye lah masa tu tak de astro lagi kan. apa2 pon lakonan pelakon lama memang mantap. :)

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
Sila Lawat Kami kembali
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

Salam kunjungan salam ziarah….

oohhhhh lamanyerrr citer itewww aku tak lahir lagiiii.....

yupppp kang kadang nengok citer camni memang penuh emosi tak macam citerrr zaman sekarang tau...

kalau nak tau Pengarah filem ni asalnyerrr ayah dia tu orang Johor kat Parit Sulong... kat situ Jamil sulong dudok dulu... sebelah ngan kampung mak aku tuuu

alan said...

anna: yup

afzainizam: yeke..kira sedara lah ni ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...