Followers

Saturday, November 06, 2010

Melaka Yang Gagah



Ini antara buku kegemaran aku semasa kecil dulu. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990. Ada lagi tiga buku seperti ini dengan tajuk Singapura Dilanggar Todak, Anak raja Bukit Siguntang dan Tun Perak Bendahara Melaka.



Buku ni mengandungi sastera melayu lama. Isinya tak berat dan sesuai untuk kanak kanak. Juga mengandungi ilustrasi menarik. Entah mengapa sekarang DEB sudah tidak lagi menerbitkan buku buku begini. Sedangkan kesusteraan melayu adalah pusaka bangsa kita sejak turun temurun. Alangkah sayangnya sekira anak bangsa kita sudah tidak lagi mengenali hikayat hikayat nenek moyang mereka.

Syahdan, beberapa lamanya maka Sultan Malikut Tahir pun geringlah. Maka baginda berwasiat kepada anakanda baginda Sultan Ahmad. Katanya, "Hai anakku, dan cahaya mataku, dan buah hatiku, hendaklah jangan engkau melalui sembah hambamu yang tua tua pada barang suatu pekerjaan; hendaklah engkau bermesyuarat dengan segala menterimu; dan jangan segera engkau menggerakkan hati hambamu; dan hendaklah engkau memperbanyakkan sabar pada segala pekerjaan keji; dan jangan engkau peringankan ibadatmu kepada Allah subhanahu wa Taala; dan janganlah engkau ambil segala hak manusia dengan tidak sebenarnya.

Demi mendengar wasiat itu, Sultan Ahmadpun menanggis teresak-esak kerana terlalu sedih mendengar akan wasiat ayahandanya itu.

Selang beberapa lama kemudian maka Sultan Malikut Tahir pun mangkat lalu dikebumuikan berhampiran masjid dengan penuh adat istiadat raja besar besar. (Hikayat Raja Pasai)

3 comments:

Anonymous said...

Antara Hang Tuah dengan Hang Jebat mana kau lagi respek?

Alan said...

asrul: ko mesti sokong jebat kan. aku sokong dua2. hang jebat sengal hang tuah tu pulak bebal..elok hantuk je kepala dua ekor ni.

Anonymous said...

Zaman dulu hang tuah di sanjung sebab bunuh penderhaka....
Patut kita kena kaji kenapa Jebat menderhaka kat Sultan that time...
Takkan pasal hang tuah...jebat nak HAMUK satu melaka...tak logik jugak.... banyak benda lain yg berlaku pada masa tu yg buat JEBAt mengamuk.....
KALAU PASAL HANG TUAH JER...isk macam GAY je kekekek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...