Followers

Sunday, November 14, 2010

Mari Belajar Geografi

Pada zaman ini aku yakin sudah tidak ramai lagi yang menggunakan buku atlas sebagai bahan rujukan kerana sekarang mempunyai cara yang lebih tepat untuk mengetahui keadaan sesuatu tempat. Cara paling senang sekarang menggunakan Google Earth/Map.

Ini adalah buku Atlas kepunyaan abang aku. Rasanya dah lebih 30 tahun umur buku ini. Atlas untuk sekolah menengah malaysia. Edisi ejaan baru.






Zon dieja Zun


Cetakan 1974.

Diterbitkan oleh Jabatan Pemetaan Pergamon Press Ltd iaitu sebuah syarikat daripada Britain (klik sini). Dahulu kebanyakkan buku rujukan adalah berasal daripada luar negara dan dialihbahasa. Budak sekarang dah pandai bahasa inggeris so sebab tu dah tak banyak buku rujukan didalam bahasa Malaysia lagi.




Pelbagai info seperti taburan hujan, suhu, kepadatan penduduk dan lain lain.



Masih mempunyai Kesatuan Soviet. Untuk pengetahuan generasi sekarang, dahulu Kesatuan Soviet ataupun lebih dikenali sebagai Soviet Union adalah sebuah empayar yang besar. Dikuasai oleh Rusia dan menggunakan idealogi komunis.

Merupakan lawan kepada Amerika Syarikat didalam perang dingin yang bermula dari tahun 1946-1991. Dan akhirnya Soviet Union berpecah akibat menanggung keruntuhan ekonomi yang serius. Kiranya aku masih sempat lagilah hidup didalam zaman Soviet Union masih wujud.




Bahagian kulit belakang yang hancur seiring perjalanan masa.

Buku ini sudah tidak boleh digunakan lagi bukan kerana keuzurannya tetapi kerana info didalamnya sudah tidak lagi releven. Hanya sesuai dijadikan sebagai tatapan sejarah masakini.

4 comments:

Anonymous said...

buku geografi ke buku sejarah tu? hehehe

alan said...

dulu geografi tapi sekarang dah menjadi sejarah hehehe

Anna Boleyn said...

gila klasik/nostalgia betol atlas tu. heheh tak minat arr geografi. susah.


p/s :hari sabtu ngan ahad rajin on9 tak? bagi jawapan kat sini :

Anna Boleyn's Survey 2 : Weekend....... Get Online or Hang Out??

alan said...

anna: aku setiap hari menghadap intenet sebab aku keje cc

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...