Followers

Monday, October 11, 2010

Hantu Raya

Sejak zaman dahulu, orang melayu cukup sinonim dengan hantu raya. Malah hantu rayalah antara hantu yang paling banyak dipelihara berbanding hantu lain. Tak tahu mengapa. Mungkin sebab nama hujungnya raya tu pasal mereka suka. Maklumlah orang melayu ni kalau beraya memang tak cukup sebulan.

Ada beberapa cara untuk mendapatkan hantu raya. Pertama dengan memujanya menggunakan telur ayam mentah disertai jampi serapah. Yang kedua melalui guru/orang tengah. Yang ketiga melalui saka.

Biasanya tujuan orang memelihara hantu raya adalah untuk menolongnya membuat kerja kerja berat. maklumlah orang dahulu bekerja sawah, membuka kebun dikawasan hutan. Dengan pertolongan hantu raya, segala kerjanya akan menjadi mudah.

Selalunya orang lain melihat pemelihara hantu raya tidak bekerja tetapi semua kerja kerja diladang/sawah sudah siap. Kadang kadang ada orang melihat tuan kebun ada dikebun, tetapi sebenarnya dia berada ditempat lain.



Untuk membezakan hantu raya dan tuannya, cukup sekadar menegurnya. Sekiranya dia adalah tuannya, sudah tentu dia akan menjawap dan berbual bual dengan kita. Jika dia hanya mendiamkan diri, itu bermakna dialah hantu raya.

Menjadi kelaziman bagi pemelihara hantu, tuan hantu raya tidak akan mencampuri urusan masyarakat. Selalunya hidup menyendiri dan tidak mempedulikan hal hal orang lain.

Antara tanda tanda orang memelihara hantu raya,

1) Dia amat cemburu sekiranya mempunyai isteri.

2) Kuat makan tetapi tidak akan menghabiskan makanannya. Selalunya akan meninggalkan kira kira sesuap nasi didalam pinggan.

3) Jarang keluar bekerja tetapi semua kerjanya siap.

4) Suka berjalan ditengah malam *biasanya hantu raya yang menyerupai tuannya*

Hantu raya diberi makan darah sama ada darah sendiri ataupun haiwan. Disertakan dengan telur ayam mentah. Biasanya diberi makan sebulan sekali. Hantu raya amat jarang digunakan untuk merasuk orang lain melainkan ianya tidak dijaga oleh tuannya.

Hantu raya akan mendatangi isteri tuannya sekiranya tuannya tiada dirumah. Selalunya perkara ini berlaku apabila tuannya akan pergi ke suatu tempat untuk tempoh masa tertentu.

Sudah menjadi kebiasaan, mana mana pemilik hantu pasti akan merasai azab ketika mahu mati. Biasanya pemilik hantu raya akan terlantar berbulan bulan sehingga tubuh menjadi kurus. Walaupun begitu, nafsu makannya tetap kuat sehingga menurut cerita orang tua tua, pemilik hantu raya boleh menghabiskan 3 pinggan nasi sedangkan dirinya terlantar sakit.

Sekiranya hantu raya tidak dibuang, maka ianya akan menjadi saka dan akan diwarisi oleh anak lelakinya. Selagi tiada siapa yang mahu menerima hantu rayanya, selagi itulah tuannya akan susah mati.

Antara cara yang popular digunakan untuk mengeluarkan hantu raya dari tubuh tuannya adalah dengan membuka atap sekeping dan sebatang anak tangga rumahnya. Selain itu ada pelbagai cara lain lain mengikut kepandaian bomoh.

Ada juga pemilik hantu raya membuang hantunya menggunakan tipu helah. Antara cara yang sering digunakan adalah menggunakan jagung rebus. Jagung berkenaan direbus sehingga masak. Lalu jagung itu ditanam dikawasan yang jauh dari orang ramai seperti hutan. Tuannya akan arahkan hantu raya berkenaan menjaga sehingga tumbuh pokok jagung berkenaan. Sekiranya sudah tumbuh maka bolehlah hantu itu pulang semula kepadanya.

Sudah pastilah jagung yang sudah direbus mana boleh tumbuh semula. Begitulah hantu itu ditinggal dihutan berkenaan. Tapi akupun tak pasti sama ada cara ini berkesan atau tidak. Takkanlah hantu syaitan boleh ditipu macam tu sajakan.

Secara jujur, zaman memelihara atau bersahabat dengan hantu raya sudahpun tamat. Tiada gunanya kita berkawan dengan syaitan kerana ianya langsung tidak memberi apa apa kebaikan malah mendatangkan mudarat kerana ianya sudah jatuh hukum kepada syirik.

Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang tersebut dalam al-Qur'an ( Sebahagian dari Surah An-Nisaa - Surah 4 : Ayat 38 )

Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman.

2 comments:

Cik Ruby said...

Nice info bro ;)

alan said...

tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...