Followers

Tuesday, September 07, 2010

Majlis Buka Puasa

Dah lama gak aku tak update. Rasanya adalah dalam 2 3 hari gitu kot. Bukan apa takde cerita nak bubuh. Okey lupakan pasal benda tu.

Semalam aku pergi Kuantan. Ada majlis berbuka puasa bersama MB anjuran UMNO Bentong. Pemuda UMNO gitu. Ramai yang datang. Untuk makluman, daerah Bentong adalah antara daerah yang terbesar di pahang. Sempadannya sampai Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Maklumat lanjut korang kelik sini jek







Dari area bandar Bentong saja mahu dekat 5 buah bas. Belum campur cawangan dari Felda, kampung kampung ceruk lagi. Dianggarkan hampir seribu orang jugalah yang hadir. Inilah untungnya MB orang tempat sendiri. Setiap tahun ada je majlis buka puasa. Belum campur open house time raya lagi.

Makan makan lepas tu sembahyang tarawih. Dalam pukul 10.30 barulah tiba acara yang semua orang nantikan iaitu dapat sumbangan raya berupa kain sepasang dan sedikit duit raya. Sedikit duit raya? Berapa jumlahnya? Biarlah rahsia hehee.

Time balik aku hangin dengan seorang budak perempuan ni. Tahulah ramai makcik sedara mara kau dalam bas, tapi tu bukan alasan untuk kau boleh terjerit jerit berkaraoke dalam bas. Kalau tak sebab ramai sedara mara kau, mau je aku kasi pelempang.

Sekarang aku nak tidow. Mengantok gila. Matapun dah rabak macam main ganja. Chow.

2 comments:

enyheartsdiamond said...

hye alan! i pon dah lama tak update!

sebelum habis cuti nanti, i nak turun pahang kot :D

alan said...

afzainizam: ko tawaf satu malaysia yek bro kekekeke

eny: singgah ler raya umah kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...