Followers

Thursday, August 26, 2010

Meniti Kehidupan...

Di Sekitar Suria Yang Menyinar
Hadirnya Mendung Meliput Cahaya
Di Sebalik Senyum Tawa Riang
Timbul Tangis Hiba Di fajar Mulia



Kekosongan Melanda Diriku
Bak Sembilu Menyayat Di Kalbu
Mengenang Nasib Diri Sebatang Kara
Mengharungi Cabaran Berliku

Takbir Menusuk Jiwa Ku
Terkenangkan Kisah-kisah Lalu
Keinsafan Menghantui Diri
Berkekalan Kan ku Ulang Kembali

Sepatah Doa Mengiring Diri
Setitik Cahaya Untuk Meniti
Pedoman Buat Di Hari Muka
Moga Ketenangan Teman Yang Setia



Kekosongan Melanda Diriku, Bak Sembilu Menyayat Di Kalbu, Mengenang Nasib Diri Sebatang Kara, Mengharungi Cabaran Berliku....

Bait bait ni membuatkan aku terdiam..Sedar tak sedar, dah 26 tahun aku aku hidup diatas dunia ni. Semakin lama, semakin jauh perjalanan hidup ini. Dan tanpa kita sedari, seorang demi seorang sudah meninggalkan kita.



Mungkin tahun ini kita bergembira beraya bersatu ibu ayah. Tetapi tahun hadapan mungkin belum tentu. Tahun ini semua rakan rakan kita sihat. Mungkin ditahun hadapan ada yang sudah menghadap Ilahi.

Dari kecil kita hidup didalam lingkungan saudara mara yang ramai, apabila dewasa mungkin hanya kita berseorangan kerana mereka semua telah menghadap Ilahi. Ini semua tak mustahil. Cuba kita tanya ibu dan ayah, sudah pasti mereka merasa perkara yang sama.

Dan akhirnya kita akan keseorangan. Jika kita mempunyai isteri dan anak cucu diakhir usia, mungkin kita akan bahagia. Tetapi jika kita keseorangan meniti usia senja, rasanya terlalu pedih dan mungkin tak pernah kita fikirkan.

2 comments:

enyheartsdiamond said...

suka lagu halaman asmara :)

Alan said...

tu lagu ziana zain kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...