Followers

Friday, August 06, 2010

Kemalangan Maut - Salah Siapa

KUANTAN 5 Ogos - Tiga beradik dan seorang rakan mereka terbunuh selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan mewah jenis BMW di Kilometer 47.5, Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu, mangsa, Fatin Atikah Muhamed Faizal, 16, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jengka (HJ) manakala dua adiknya, Fatin Atifah, 15, dan Muhammad Faiz Danial, 6, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi rakan mereka yang berada di tempat duduk belakang kereta Perodua Kancil, Muhammad Azlan Abdul Talib, 21, turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber : Utusan Malaysia

Jika dahulu ada kes remaja membawa kereta dan ditembak polis, ini ada satu lagi kes hampir serupa. Sebaliknya remaja berkenaan yang membawa kereta terbabit kemalangan maut.

Bagaimana budak berumur 16 tahun boleh memandu kereta? Dimana pengawasan ibu bapa terhadap anak mereka? Dan bila sudah terjadi begini, hendak salahkan siapa? Takkan nak salahkan pihak berkuasa pula kan.

Dan hampir semua orang didalam kereta kancil tu maut. Aku rasa memang laju gila budak tu bawak. Sampai hancur depan kereta tu. Dan buat pengetahuan semua, kereta kancil antara kereta yang tak selamat dimalaysia.

Sebabnya kereta ni amat kecil dan sempit. Memang tak ada ruang diantara penumpang dan body kereta. Kalau dilanggar dari depan atau belakang, memang sure kena terus penumpang kereta tersebut.

Tambahan pula kereta kancil senang dimodified sehinggakan enjin turbopun hanya dalam 3 atau 4 ribu sahaja berbanding enjin turbo untuk kereta lain. Bodynya yang ringan kalau dicampur turbo, korang boleh rasa sendiri macam mana perginya. Sah memang terus masuk lubang kubur jawapnya.

Takziah buat keluarga mangsa. Dan jadikan ini sebagai pengajaran buat semua ibu bapa. Tolong jaga sendiri keselamatan anak anda. Aku tahu sangat perangai orang felda ni. Mereka memang anggap jalanraya tu hak mak bapak mereka. Selamba badak je keluar naik motor tak pakai helmet, lesen takde dan bermacam perangai lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...