Followers

Friday, August 06, 2010

Berbuka Puasa Bersama Nuffnang

Semasa dok merewang kat website Nuffnang, tetiba aku nampak benda ni. Seperti tahun lepas, Nuffnang sekali lagi menjemput pengguna Nuffnang berbuka puasa di The Apartment, KLCC pada 12 ogos nanti.



Para blogger berpeluang menjamu selera dengan hidangan Buffet Ramadhan yang disediakan khas oleh The Apartment yang mengutarakan sajian Negeri Sembilan dan Perak sebagai tema utama tahun ini. Antara sajian yang bakal menunggu para blogger yang hadir adalah daging salai masak lemak, rendang ayam Kuala Pilah, ikan kembung masak tempoyak asam, kuih sepang kukus dan banyak lagi!



Dan ianya hanya terhad kepada 15 orang sahaja. Kalau nak join, korang boleh emelkan nama penuh serta url blog korang pada berbukapuasa@nuffnang.com

Oh yaa lupa nak cakap. Ia hanya untuk ahli ahli Glitterati sahaja ye.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...