Followers

Saturday, August 07, 2010

Jom Kahwin !

MELAKA 6 Ogos - Berita baik untuk pasangan yang merancang mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Anda hanya perlu berbelanja sekitar RM2,500 tetapi bakal diraikan dalam suasana penuh meriah dan gilang-gemilang.

Apa yang harus anda lakukan ialah mendaftar untuk Majlis Perkahwinan Beramai-Ramai 1Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-54 tahun ini.

Majlis anjuran Gaya Jati Entertainment itu turut menetapkan tarikh istimewa iaitu 10 Oktober atau 10.10.2010 untuk meraikan persandingan 54 pasangan yang bakal dipilih nanti.

Pengarah Gaya Jati, Jaafar Abd. Rahman berkata, majlis itu kali kedua dianjurkan pihaknya sebagai menyahut gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Majlis perkahwinan beramai-ramai itu akan diadakan di A'Famosa Resort. Lengkap dengan kenduri kahwin secara gotong-royong dan pelamin juga disediakan kepada pasangan yang dipilih untuk menyertai program ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Fuyooo cam best je. Kahwin hanya belanje sebanyak RM2,500 sahaja. Tapi hanya untuk mereka yang benar benar tahu makna perkahwinan saja. Kalau setakat kawin nak berlagak dengan jumlah hantaran dan majlis gempak, baik tak payah join.

Aku semakin meluat dengan orang sekarang yang kahwin dengan pembelanjaan yang besar. Yang jelas amat membazir. Tapi majoriti semuanya bukan kehendak pengantin tetapi perangai buruk orang tua mereka. Agaknya masa diorang kahwin dulu tak merasa lepas tu ditekannya anak mereka supaya mengikut kehendak mereka. Semakin lama semakin bercelaru masyarakat dibuatnya huhuhu.

Aku rasa nak join ler pakej ni tapi aku nak kawin dengan sapa...Ada sapa nak kawin dengan aku sila hantar borang permohanan yek :)

5 comments:

Aina said...

wahhh , macam macam jer Malaysia nih , nak kahwin pun siap ada pakej , :DD

Afzainizam said...

Bukan kacang sebarang kacang.
Kacang melilit si kayu jati.
Bukan datang sebarang datang.
Datang membawa hajat di hati.

Anak raja main congkak,
Main congkak punya pelan ,
Boleh saya tumpang bertanya,
salam dihulur tanda persahabatan,
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/


Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

ni 1 malaysia punya hal... nak kawin pun ade satu malaysia punya pakej... aku nak joint-- nak joint tapi kalau ade penaja lahhhh

Anna Boleyn said...

salam..


alerr..kawen ramai2 macam tak seronok lerr. tapi ley jimat tu. 2500 je kan. murah jer.

errrr..borang perkahwinan tu nk dpt katne ek? nak isi nih. kihkihkih. :p


btw, thanx sebab datang belog anne boleyn tinggal komen. keep in touch yaaa. :)

p/s: jom baca entry MTV Worldstage jom. :)

alan said...

alisha: yelah nak kawen sekarang mahal woooo

afzainizam: akupun kena cari penaja hehee

anne: borang dah habis heheee

enyheartsdiamond said...

alaa.. lambat lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...