Followers

Thursday, August 05, 2010

Bukan sebarang ‘road block’

KUALA TERENGGANU 4 Ogos – Seorang pemuda tidak menyangka perbuatannya menyimpan klip video lucah di dalam telefon bimbit mengundang padah apabila ditahan dalam operasi trafik di Jalan Sultan Mohamad di sini semalam.

Operasi selama empat jam itu dijalankan Bahagian Kawalan, Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Cawangan Terengganu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.

Timbalan Ketua Cawangan Bahagian Kawalan, Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN, Zaki Mohamed berkata, lelaki berusia 20-an tersebut didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002.

“Jika sabit kesalahan dia boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mengulas lanjut, Zaki berkata, operasi itu bukan semata-mata untuk mengesan pesalah jalan raya tetapi turut melibatkan kesalahan memiliki video lucah.

Sumber: Utusan Malaysia

Hek eleh ntah apa apa ler polis sekarang. Macam dah tak ada kerja pulak. Hum lepas ni pergilah geledah pulak semua rumah orang pergi cari dvd/vcd pirate. Mengarut ngarut sungguh. Banyak lagi kes jenayah tak selesai.

So pada sesiapa yang ade apa2 video dlm hp, tu, baik ler korang padam. Sekarang ni time polis buat kerja. Karang tetiba korang pulak jadi mangsa. Ingat!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...