Followers

Wednesday, August 25, 2010

Berbuka Puasa Di Pub? Dah Lama Dah

Dok belek belek paper tadi, ada satu cerita pasal pub membuat tawaran bufet Ramadhan. Dilaporkan ada dua pub yang berbuat demikian. Tahun ni Jakim barulah nak bekerja lebih. Sedangkan tahun tahun sebelumnya tak adapun benda macam ni.

Kalau difikirkan melalui kewarasan, tak ada orang islam yang nak berbuka di pub melainkan jenis kaki minum je. Dan mereka ini pun boleh dikategorikan tak puasa. Malah boleh dichop kafir kat dahi mereka.



Sebenarnya benda ni dah lama berlaku. Kalau rajin jejalan BB, bersepah budak budak minum arak. Bagi yang tahap hardcore, memang mereka selamba minum tepi jalan. Tapi apa yang Jakim buat? Zero. Tak kan nak tunggu aduan baru nak pergi check. Sendiri boleh fikirlah.

Sama macam clubbing. Bersepah orang minum. Tapi setiap kali rush, hanya polis sahaja yang buat. Cuba Jakim bekerjasama dengan polis. Jangan kata jumpa yang kaki minum, Jakim boleh jumpa tarian bogel lagi.

Tapi itulah. Mereka ni lebih selesa duduk di ofis, ataupun dok skodeng budak budak kat taman. Isu sijil halalpun tak selesai lagi. Malah Jakim sendiri tak dapat menasihat orang islam supaya jangan makan kedai orang kafir. Apa cerita ni...

2 comments:

Afzainizam said...

Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..
♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
----==--Ramadan Mubarak---==----
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥
Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ya Allah ada gak manusia yang tak tau Pub ngan Bazar ramadan ye.... herannnn ...heran....

cop bebesor kat dahi dia tu aje .... adoiiii haiiii

enyheartsdiamond said...

tak faham kenapa masih ada yang susah sangat nak puasa :|

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...