Followers

Sunday, July 18, 2010

Wajib Saman Anak Derhaka!

KUALA LUMPUR 17 Julai - Tindakan saman menyaman di kalangan anggota keluarga bukannya budaya orang Melayu dan sekiranya tidak dibendung, ia akan menghancurkan institusi keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, orang Melayu tidak pernah mendengar kes bapa atau ibu menyaman anak atau sebaliknya sebelum ini tetapi sekarang keadaan itu telah berubah.

Menurutnya, hari ini ibu bapa dan anak-anak mengetahui hak mereka mengikut lunas undang-undang dan kerana itu semua pihak perlu bersikap amanah.

"Walaupun kes bapa menyaman anak itu bukan menjadi budaya kita, tetapi sekiranya perbuatan itu tidak dikawal ia akan menjadi gejala kepada keruntuhan institusi keluarga," katanya.

Beliau mengulas kes seorang pesara polis yang menyaman dua anaknya dan seorang menantu di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur baru-baru ini berhubung tuntutan hak ke atas tanah pusaka milik isterinya yang meninggal dunia lima tahun lalu.

Adnan Othman, 77, mengemukakan tuntutan tersebut setelah tanah pusaka milik isterinya Allahyarham Mona Abdullah menjadi pertikaian di antara mereka anak beranak sejak 13 Julai tahun lalu.

Sumber : Utusan Malaysia

Ini antara salah seorang menteri yang tahu cakap cakap saja. Apa yang DS Shahrizat ini tahu mengenai penderitaan yang ditanggung oleh pakcik Adnan Othman. Beliau terpaksa menjaga dua orang cucu sedangkan anak beliau tu seorang jutawan!

Memang patut dia saman anaknya sendiri. Habis kalau tak boleh saman, siapa nak bagi duit untuk menjaga dua orang cucunya? DS Shahrizat nak keluarkan duit poket sendiri ke?

Saman saja pakcik. Memang aku sokong! Jangan takut dengan mana mana menteri. Mereka ini hanya tahu cakap saja. Sedangkan mereka tak rasapun kesusahan orang lain. Selepas ni, semua warga tua yang duduk dirumah kebajikan patut saman anak masing masing. Anak gampang tahap iblis laknatullah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...