Followers

Sunday, July 25, 2010

Old Town White Coffee - Kedai Kafir!

Plaintif dalam kes ini iaitu Encik Aliff Shanaz Bin Hairi Hariharan telah pergi ke premis Defendan iaitu Old Town White Coffee Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 11/3/2010 lebih kurang pukul 8-00 malam. Plaintif pergi ke restoran tersebut yang mempamerkan logo halal untuk menikmati makan malam bersama ahli keluarga beliau.

Plaintif telah memesan menu makanan Dry Egg Noodles daripada kakitangan restoran tersebut. Plaintif telah memakan makanan tersebut hampir separuh dan mendapati ada sepasang kaki katak kecil di dalam makanan tersebut yang menyebabkan Plaintif begitu terkejut dan hampir muntah.



Plaintif kemudiannya telah menunjukkan makanan yang mengandungi kaki katak kecil tersebut kepada kakitangan dan penyelia restoran dan minta penjelasan bagaimana kaki katak tersebut berada di dalam makanan yang dipesan. Selepas menunggu selama 30 minit, Pengurus Defendan telah keluar dan memberikan penjelasan bahawa kaki katak tersebut mungkin datang daripada “Central Kitchen”.



Pengurus tersebut kemudiannya menawarkan Plaintif makanan percuma dan tidak perlu membayar harga makanan tersebut. Plaintif telah menolak tawaran tersebut kerana tidak berpuas hati dengan kaki katak yang diletakkan di dalam makanan tersebut dan seolah-olah diperdayakan dengan logo halal tersebut.

Defendan bersama-sama Defendan Kedua iaitu Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd telah bertemu dengan Plaintif di Restoran Sembang-Sembang, The Mall Kuala Lumpur untuk membincangkan perkara ini tetapi tiada penyelesaian yang dicapai.

sumber laman web PPIM

Kepada umat Islam yang suka sangat nak ke Oldtown kopitiam yang dimiliki oleh DAP ni, berhati-hatilah, mereka tidak memiliki sijil halal dan mereka ini adalah jenis peniaga yang sangat anti Melayu! (klik sini)

3 comments:

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

dah lama dah aku dengar old town ni punya produck tak halal pun... sebab tu lah dah tak gi makan kat situ lagiiii..... issshhh makan kaki katak plak weeekkkk nak muntah lahhhh... patut kata kawan aku olds town ni sodap .... dia tak tau rahsia resepi dia tu kaki katakkkk.... saman aje old town tu

Alan said...

sebenarnya hampir semua kopitiam yang dimilki oleh orang cina tidak halal. tapi itulah bila akhir zaman ni, orang dah tak pk halal haram lagi.

asrul amanda said...

Aku cuma lagi suka cerita pasal kaki katak tu.. Bukan semua mazhab kata menatang katak tu haram. Ada pendapat kata katak tu halal dimakan.

Kalu kau rendam katak dalam air, boleh mati lemas katak tu broo.. maknanya bukan menatang 2 alam katak nie. Memang halal lah. Sebelum ni ulama kata katak haram sebab dia ulamak nampak dia tu asal berudu idup dalam air. Berudu pun kalu kau letak atas darat pun mati bro.

Kita orang melayu tak makan bukan sebab haram, tapi sebab tak tergamak nak makan. Tak biasa dari kecik. Macam juga badak air. Kau tau badak tu boleh dimakan? Cuba kau tengok kamus AL Marbawi.

Mamat tu sengaja nak cari glamour.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...