Followers

Sunday, July 18, 2010

Ilmu Kebal - Best Atau Tidak

Ilmu kebal adalah antara ilmu batin yang menjadi kegemaran orang melayu atau dikepulauan asia melayu. Sebab apa kepulauan melayu? Sebab tak pernah jumpa lagi bukti arkeologi di Mesir, Rome ataupun China bahawa masyarakat sana pernah menuntut ilmu kebal.

Inilah keistimewaan orang melayu sejak zaman berzaman. Sampaikan Hugh Cliffordpun sanggup makan nasi dengan sambal belacan semata mata nak belajau ilmu kebal.


Hugh Clifford

Tetapi sebenarnya ilmu kebal adalah ilmu mengarut. Jauh menyimpang dari ajaran islam. Malah ilmu kebal sendiri adalah ilmu syaitan. Kecuali dengan karamah tertentu yang hanya dapat kepada sesetengah wali Allah saja.

Ilmu kebal dahulu popular sebab corak peperangan dinusantara melayu ini banyak menggunakan senjata besi seperti keris, pedang dan tombak. Dan dahulu orang melayu ini cukup gemar berkelahi. Sampaikan sanggup membunuh hatta berebutkan buah rambutan.

Kerana itulah banyak francais pertapaan ilmu ilmu ghaib dibuka laksana cendawan muncul diPasaraya Giant. Kalau bangsa lain dahulu belajar ilmu di sekolah tetapi orang melayu ini belajar ilmu didalam gua. Sebab itulah orang melayu kini begitu jauh ketinggalan berbanding bangsa asing. Berguru dan bersahabat pula dengan jin. Huh memang hancurlah masa depan.

Berbalik pada ilmu kebal tadi, ada bermacam cara. Antaranya menggunakan susuk, taring babi, bertapa atau memakai tangkal. Tetapi cara paling busuk dan bodoh adalah amalan kebal taik. Kebal taik ini ada beberapa pendapat.

1) Kebal taik diamalkan dengan memakan taik sendiri. Makanlah ikut suka sama ada nak masak lomak cili api atau asam pedas.

2) Kebal taik dengan menyapu taik sendiri keseluruh tubuh badan.

Pantang kebal taik secara makan aku tak tahu. Tapi kalau yang kedua tu, orang yang mengamalkannya tak boleh mandi. So sendiri mahu ingat ler. Dah ler sapu taik kat badan. Lepas tu tak boleh mandi langsung. Huh memang bau gampang tahap cipan ler jawapnya.

So eloknya amalan kebal ni? Sama sama kita fikirkan...

Secara jujur, ilmu kebal ini sebenarnya sudah tak releven lagi. Sudah ketinggalan zaman. Tak percaya? Cuba test langgar seorang pengamal ilmu kebal dengan sebuah bas atau kereta pada top speed. Memang sah mati. Jangan nak tipu cakap tak mati.

Sebenarnya kebal ini hanya pada kulit. Maklumlah senjata dahulu misalnya keris dicucuk pada badan. So kalau kulit kebal, memang sah tak tembus keris tu. Tapi kalau dilanggar dengan lori pasir syarikat Semesta Selangor yang mencuri pasir tu, memang sah akan mati.



Sebabnya kebal hanya pada kulit. Tapi organ dalaman tak kebal. Tetap hancur kalau digilis, dirempuh dan sebagainya. Malah pernah ada kes dulu, seorang perompak warga Indon ditembak oleh polis di Kepong sebanyak 10 das. Dia tak mati. Tapi akhirnya mati sebab masalah komplikasi organ dalaman kat Hospital Selayang.

So sendiri boleh fikirlah. Kebal kulit sudah tidak releven lagi dengan zaman ini. Malah orang kebal sekalipun, kalau direndam dalam air memang akan mati lemas. Bagi makan racun rumpaipun dia akan mati juga. Tak ada yang kekal didalam dunia ini.

Lepas ni harap tak ada lagi orang melayu yang jadi bodoh percaya pada ilmu kebal. Zaman ilmu kebal sudah berakhir sejak 50 tahun lalu. Last lastpun boleh cakap semasa 13 mei 1969 lah. Zaman sekarang orang berperang guna roket, bom dan meriam. Dah tak main keris, pedang atau tombak.


Zaman sekarang orang main kereta kebal

Belajarlah ilmu yang memberi manafaat didunia dan akhirat. Ilmu ilmu ghaib dari syaitan sepatutnya dibuang dan dilupakan sekarang. Semoga orang melayu terus gagah memerintah negara ini.

4 comments:

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Sorry beb lama tak ziarah ko lah... aku sebuk skit sekarang ni..

Wehhhh kobal tak kebal.... esok-esok ilmu tu makan diri baru tau...

ada yang kata kena tuntut ilmu tu kena pakai susuk kebal... ada yang pakai besi kuning... ada yang kena buat perjanjian ngan setan... wehhh jangan jadi gilerr lah...

aku dengar gak sebenarnya orang kebal ni hidup dia tak akan kaya... susah memanjang... kalau hidup pun ala-ala cukup makan pakai aja... tak leh lebih...

tak mau lah... kalau nak cari kerja pun paling kurang dia tanya sijil SPM... tak ada plak temuduga tu tanya sijil kebal kan... isshhh tak yah lah belajar benda tuuu...

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Pastu ilmu kebal ni nak pakai buat apa ... tak ada paedah gak... bukan boleh tangkis penyakit pun... kalau mati pun tak senang... susah mati... ohhh ye aku ada satu pengalaman tentang ni... dulu masa aku dok masuk wad hospital... ada sorang doktor tu nak rawat seorang pesakit tak silap orang asli lah... nak buat injection jarum picagari tu tak lut pun cocok kat tangan.. Doktor suruh tanggalkan tangkal kebal tu... isshhhh kan susah...sampai sudah dia tak buang tangkal tu... doktor suruh balik aje...Dia balik tanggung sakit tu tak boleh nak rawat... ni kisah benar aku dengar dari doktor yang rawat aku tu citerrr...

alan said...

afzainizam : memang betul ilmu kebal takde guna.menyusah diri saja.dah tak releven dengan keadaan semasa.

Anonymous said...

xleh ckp cm2.ko egat peristiwe 13 mei. kiai salleh ngan geng2 die tlg bgse mlyu.ko tgok dlu kebal 2 dtg dri mane.mat ko knal allah ko knal muhammad xd mslah ko nk amal pun sbb amal yg ko wat sume ko taw untuk sape.n ilmu kebal yg dtg dri tali allah ad cre klo kite nk injection ke ape.jgn main petik je.xnk amek xp tp ko kne egat ilmu ni warisan pada yg terpilih.ko jgn mudah2 ckp ilmu ni x releven.ko tmbk gne gne ak 47 ilmu ni kebal besi.besi kursani mat mgalir dlm bdn.pluru 2 buat dri api.plastic ke.kaji molek2 bru la tulis.jgn ko x taw pe2 ko ckp je.selamat la ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...