Followers

Monday, July 12, 2010

Filem Mantra Best

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah.

Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

Bagaimanakah kesudahannya, nantikan MANTRA di pawagam..

2 comments:

Afzainizam said...

WELCOME.WORLDCUP  
╔══╦══╗╔╦══╗  
╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
╔═╝║║║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
╚══╩══╝╚╩══╝
SAY.NO.JUDI.BOLA
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

wehhh aku tak tengok lagi lah mantra tu... kalau ngok ngan awek mesti feeling punya...

Beb.. Aku ada pakai lah spring APM merah tu kat Iswara aku dulu... lembut sangat lah bergoyang kereta aku dibuatnya... tapi syok gak pasal langar lubang pun tak lah keras cam batu duduk dalam kereta.. kira kereta nampak lowet skit lah.. wehhhh RM120.00 sekarang ni ye dah murah dah... dulu seingat aku nak beli benda ni mau RM 250.00 ok lah tu....

Wehh sejak -sejak ni ade orang cari lah sport rem cam ko pakai tu.. pasal diaorang cakap nampak penuh , retro dan tak mudah bengkok tak cam sekarang punya rim lah

Alan said...

spring tu ok je keras..maybe ko ambik yang biasa kot. aku punya yang heavy duty. tapi x tahulah kalau lama lama dia lembut hehee.

aku x minat rim ni..beli keta dah memang siap ada..rim ni sebenarnya dah teruk..kesan kotor tak boleh hilang dah..kecik pulak tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...